fbpx

Kisah Pendakwah di Pedalaman Sabah (episod 2)

Episod [2] : Dzulfikry Dumatin

Episod kali ini, penulis akan kongsikan kisah salah seorang pendakwah di pedalaman Sabah yang baru sahaja berumur 27 tahun. Siapa sangka, belum mencecah 30 tahun akan tetapi beliau merupakan salah seorang pemula atau penggerak awal tertubuhnya Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (PKDMMS) ini.

Figura pemilik nama Dzulfikry Dumatin ini mula mengenali dakwah berumur seawal 15tahun ketika mengikuti Jemaah Tabligh dan aktif dalam lapangan dakwah sehingga kini

Alhamdulillah, kini beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Dakwah di Hidayah Centre Foundation negeri Sabah (HCF), cawangan Keningau. Bukan itu sahaja, malah beliau juga merupakan Setiausaha PKDMMS cawangan daerah Keningau dan Penolong Setiausaha PKDMMS ii (Pusat) negeri Sabah.

Sering menjadikan doa dan motivasi untuk membantu masyarakat sejak kecil lagi. Semasa berada di bangku sekolah, setiap pelajar di tanya mengenai cita-cita, beliau akan menulis dalam buku laporan, bahawasanya saya ingin menjadi seorang anggota polis. Terinspirasi daripada melihat mereka yang membantu masyarakat pada waktu tersebut.



Namun, selepas berlakunya kemalangan yang menyebabkan ketidakmampuan dari segi anggota badan, beliau terpaksa melupakn hasrat untuk menjadi anggota polis, lalu di tulis dalam buku laporan cita-cita menjadi doctor pula. Tujuannya masih sama, ingin membantu masyarakat.

Dengan Izin Allah SWT, bidang yang di ambil ketika sambung belajar dulu bukanlah bidang yang menuju kepada kedoktoran akan tetapi ditakdirkan bidang yang di ambil adalah bidang agama.

Alhamdulillah, apa yang Allah SWT beri itu sebenarnya adalah yang terbaik. Tidak putus-putus rasa syukur, semuanya ada hikmah untuk kita terus menerus besryukur dan berfikir akan kekuasaan Allah SWT.

Sehinggalah sekarang, beliau bersama HCF dan PKDMMS, menjadi “Doktor” juga, Doktor kepada masyarakat dan golongan asnaf, khususnya kepada golongan saudara baru. Alhamdulillah, Begitu indah perancangan Allah SWT yang mengatur kehidupan ini, ternyata doa yang pernah terlintas ketika masih kecil dimakbulkan oleh Allah SWT melalui jalan kehidupn yang sangat indah. Kata beliau.


Menelusuri kehidupan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah dan bersemangat melihat tokoh-tokoh dakwah yang selalu turun padang menyantuni masyarakat, mendengar dan merasai sendiri kesusahan masyarakat menjadikan minat dalam lapangan dakwah semakin mendalam demi membangunkan masyarakat sekeliling.

Pada mulanya, beliau menolak dan segan menerima pelawaan penulis untuk ketengahkan beliau dalam episod kali ini, namun atas pujuk dan sebab yang munasabah dari penulis iaitu memberi inspirasi, contoh kepada orang luar di sana betapa mereka perlu tahu liku perjalanan pendakwah di pedalaman Sabah. Siapa tahu, ia mungkin membuka mata, jika bukan 10 orang tapi 1000 orang maka bertambah murnilah dunia ini dengan adanya insan-insan hebat seperti beliau. Satu dalam seribu.

Mari bersama-sama kami dalam misi kebajikan, kemanusiaan dan dakwah dengan apa sahaja jenis sumbangan, mungkin menyumbang melalui wang ringgit walaupun hanya RM1 ataupun kongsi dan sebarkan entri ini kepada semua.

Penulis,
Aurora Abdullah
11 Jun 2020
.
.
.
Teruskan menyumbang:
Klik >>> https://kdmrsmuslim.com/donate/
.
➡️PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA
➡️1005 2010 1170 95
➡️BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
.
Sertakan resit sumbangan, nama, no. telefon dan email anda:
💌 admin@momogunmuslim.com
.
LIKE, FOLLOW dan SHARE facebook page kami:
https://www.facebook.com/pertubuhankadazandusunmurutmuslimsemalaysia/

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top