fbpx

Kisah Pendakwah di Pedalaman Sabah (episod 1)

Episod [1] : Muhammad Zaqwan Asran Abdullah
📌Pengerusi, PKDMMS daerah Beluran, Sabah
📌Pegawai Dakwah, Hidayah Centre Foundation cawangan Beluran, Sabah

Selalu sahaja penulis kongsikan aktiviti-aktiviti kebajikan, kemanusiaan dan dakwah di pedalaman Sabah. Namun, pernahkah kita terfikir siapa mereka di sebalik tabir yang bertanggungjawab dalam menjalankan operasi setiap aktiviti tersebut?

Kali ini, penulis ingin membawakan satu kisah istimewa khas untuk tatapan semua. Semoga kisah yang ditulis ini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat Islam di luar sana agar tidak pernah lupa untuk terus berusaha semata-mata mencari dan mengejar keredaan dari Allah Azza Wa Jalla.

Kisah ini berkisarkan salah seorang pendakwah Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (PKDMMS) atau pertubuhan ini lebih dikenali sebagai Momogun Muslim.

Melihat pada gambar, begitulah salah satu cara Ustaz Zaqwan datang untuk menyantuni dan menyampaikan Islam pada masyarakat sekitar daerah Beluran, Sabah.

Sama ada dengan menaiki motor atau kereta jenis 4WD yang di sewa khas untuk membawa muatan barangan sumbangan. Jika barang tidak banyak dan tempat tidak jauh dari kawasan tempat tinggal, beliau hanya berjalan kaki.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, perjalanan dari bandar Kota Kinabalu, Sabah mengambil masa hampir 6 jam untuk sampai di daerah Beluran, Sabah.

Penulis sempat bertanya kepada Ustaz Zaqwan beberapa perkara dan meminta nasihat agar kita terus teguh berdiri dalam lapangan ini. Kerana penulis amat terpegun dan kagum dengan semangat beliau berada dalam lapangan kebajikan, kemanusiaan dan dakwah.

Boleh ustaz ceritakan, kenapa ustaz sangat komited dalam lapangan kebajikan, kemanusiaan dan dakwah ini?

Beliau sangat merendah diri. Bila penulis tanya soalan sebegitu, beliau menjawab:
“Saya ini orang biasa saja, saya malu sangat, ramai ustaz dan ustazah, ilmuan agama dan ulama yang banyak buat amal untuk masyarakat. Jadi saya sangat malu kalau saya tidak berusaha untuk mengejar keredaan Allah, sedangkan orang yang hebat-hebat tidak pernah berehat dari berbuat kebaikan.”

“Satu saja yang saya selalu teringat hadis Rasulullah SAW iaitu “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat pada orang lain.”

“Jadi saya rasa rugi kalau selama hidup ini, kita tidak membuat sesuatu untuk Islam dan untuk umat Islam yang lain terutama kepada saudara baru.”

“Hidup ini sekejap cuma, jadilah insan yang bermanfaat pada orang lain. Biar sedikit usaha kita tapi paling penting, ada manfaat pada orang lain dan jangan pernah perlekehkan apa yang kita buat untuk Islam walaupun kecil begitu juga pada orang lain kerana kita tidak tahu amal kita yang mana Allah terima dan reda.”



“Kerja kebajikan, kemanusiaan dan dakwah ini merupakan perniagaan saya dan juga untuk kita semua umat Islam selepas meninggal dunia.” Sambung beliau. Lalu beliau memberikan pula kepada penulis potongan ayat dalam al-Quran yang menjadi pegangan beliau.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?” – (Surah As-Saff 61 : 10)

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” – (Surah As-Saff 61 : 11)
.
“Saya teringat ketika saya masih kecil lagi, ibu dan ayah saya meminta beras dengan jiran kerana sudah berbulan kami makan ubi kayu. Kalau ada sedikit beras, dapatlah kami merasa beras yang akan di campur dengan ubi kayu.”

“Dewasa ini, setiap kali saya masuk di pedalaman, saya melihat banyak kesusahan mereka dan ia terus mengingatkan saya keadaan diri saya sewaktu dahulu. Kalaulah saya kaya, saya ingin membantu mereka agar berhijrah cara hidup mereka dan akidah yang benar. Benarlah kata nabi Muhammad SAW bahawa kemiskinan itu menghampiri kepada kekufuran. Untuk menyelamatkan akidah, kita juga mendorong atau membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan agar selamat akidah mereka melalui pendidikan.”

“Saya juga ingin mengucapkan jutan terima kasih kepada semua yang menyumbang di jalan kebajikan, kemanusiaan dan dakwah ini. Kalau bukan kita siapa lagi? Itulah persoalan yang seharusnya kita tanya pada diri kita?”

“Saya tidak kaya akan tetapi saya boleh masuk di pedalaman-pedalaman kampung sekitar saya untuk mencari mereka yang memerlukan, menyantuni mereka, memberi bantuan dan berdakwah kepada mereka.”

“Teruskan menyumbang supaya kita dapat meringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan di sini. InsyaAllah besar pahala tuan-tuan dan puan-puan yang menyumbang. Kami tumpang gembira melihat asnaf fakir miskin dan mualaf tersenyum bahagia atas sumbangan dari semua.”



Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, setiap kali beliau perlu berhubung dengan pihak pengurusan Momogun Muslim, beliau perlu keluar rumah, keluar kawasan kampung untuk mencari tempat yang mempunyai kelajuan internet untuk panggilan, mesej dan whatsapp.

Mari bersama-sama kami dalam misi kebajikan, kemanusiaan dan dakwah dengan apa sahaja jenis sumbangan, mungkin menyumbang melalui wang ringgit walaupun hanya RM1 ataupun kongsi dan sebarkan entri ini kepada semua.

Teruskan menyumbang:

Klik sini >>> https://kdmrsmuslim.com/donate/

➡️PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA
➡️1005 2010 1170 95
➡️BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

Sertakan resit sumbangan, nama dan email anda:
💌momogunmuslim@gmail.com

FOLLOW dan LIKE facebook page kami:
https://www.facebook.com/pertubuhankadazandusunmurutmuslimsemalaysia/

4 thoughts on “Kisah Pendakwah di Pedalaman Sabah (episod 1)”

    1. Alhamdulillah…saya dgn kwn² dr group pengajian Al Quran telah membuat kutipan untuk sumbangan Al Quran terjemahan dlm Bhs Dusun, semuga sumbangan dpt dmanafaatkan unt pengajian anak² dsana..Aamiin…

  1. Mahadimenakbar bin Mohamed Dawoodf

    Slm. Jika perlukan bantuan kenderaan 4WD untuk masuk ke pendalaman Sabah blh cuba hubungi kelab kami, UMS 4WDVC.. Kami akan usahakan kenderaan 4WD percuma atau dgn sewa yg minimal insyaaAllah…

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top