fbpx

Tadau Kaamatan Harmoni 2019

Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni (TKH) Peringkat Negeri Sabah pada 21 Julai 2019 bertempat di Perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim (PKDMMS).

Sambutan (TKH) ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal Ketua Menteri Negeri Sabah yang telah sudi menghantar wakil merasmikan sambutan pada kali ini. Juga terima kasih kepada YB Datuk Hj. Aidi Bin Moktar yang sudi mewakili merasmikan majlis dan memberikan sumbangan kepada MMS.

Sambutan (TKH) ini kerjasama antara Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Hidayah Centre Foundation dan IKRAM Muda. Kehadiran diwakili oleh pemimpin atau wakil mereka iaitu USIA, Gabungan Dakwah Malaysia Sabah, CONCERN, IKRAM Sabah, SAHABAT, Tarbiyatun Nisa, Persatuan Perubatan Syifa Sabah, RTMS, MACMA, Yayasan Amal Malaysia dan lain-lain. Turut dihadiri dari semua daerah-daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli, Kiulu, Ranau, Papar, Keningau, Tenom, Kemabong, Paggalungan, Trus Madi, Matunggung, Kota Marudu, Momogun Muslim di perantauan dan lain-lain yang diwakili pada kali ini.

Selain itu dihadiri oleh rombongam media untuk membuat liputan iaitu RTM Sabah, Harian Metro, Daily Express, Sabah Times dan HidayahTV.

Sambutan (TKH) ini juga mengadakan pameran-pameran, pertandingan-pertandingan, cabutan-cabutan bertuah dan lain-lain serta persembahan orkestra etnik.

Tahniah kepada semua penerima anugerah-anugerah, anugerah Tokoh Momogun Muslim Al Fadhil Ustaz Hj Saifulzaman @ Setibin Bin Sangul, anugerah Tokoh Usahawan Tn Azizul Julirin, anugerah Tokoh Pendakwah Momogun Muslim Al Fadhil Ustaz Naim Mujin, anugerah Tokoh Produktif Momogun Muslim Pn Latifah Odeh, anugerah Tokoh Institut Pendidikan Momogun Muslim Rumah Transit Muslim Sabah, anugerah Daie Harapan Tn Adam Muhibullah. Semoga anugerah yang diberikan menambahkan iltizam beramal dan menimbulkan semangat bersaing yang sihat untuk meningkatkan jati diri Momogun Muslim kehadapan.

Semoga terhasil dari sambutan kali ini kebaikan yang banyak di masa depan dan keberkatan dari Allah SWT.

Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni (TKH) Peringkat Negeri Sabah pada 21 Julai 2019 bertempat di Perkarangan Masjid…

Posted by Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia on Isnin, 22 Julai 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top