fbpx

Tajaan Asnaf Tamparuli

Mei 2020 – Sukarelawan datang mengambil barang makanan keperluan dapur untuk diagihkan kepada asnaf kawasan.
.
“Sumbangan ini untuk kes kritikal (kehabisan makanan) kepada asnaf sekitar daerah Tamparuli. Kita tidak mampu bantu sepenuhnya, namun kita buat yang terbaik untuk mereka. Kalau bukan kita, siapa lagi yang membantu? Harap-harap lepas ini lagi banyak rezeki sumbangan dari orang luar supaya kami boleh sampaikan kepada yang memerlukan. Hampir setiap minggu sekurang-kurangnya kami usahakan untuk 10 buah keluarga.” – Pengerusi Tamparuli, Puan Laura.
.
Untuk pengetahuan tuan/puan, aktiviti menyampaikan sumbangan ini dilakukan hampir setiap hari di seluruh Sabah yang disampaikan oleh para sukarelawan atau wakil-wakil PKDMMS (Momogun Muslim).
.
InsyaAllah selagi kami mempunyai dana yang cukup, selagi itu kami boleh sampaikan sumbangan dalam pelbagai bentuk, terutama sekali keperluan makanan asas.
.
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.” [ Surah Al-Insan 76: 8]
.
Kami membuka peluang kepada anda semua untuk sama-sama memberi sumbangan di bulan Ramadan yang mulia ini > ikhlas / sedekah / tajaan. Anda menyumbang, kami sampaikan:
.
📌https://bit.ly/momogunramadan
📌https://bit.ly/momogunramadan
.
💎ATAU💎
.
Transfer online di :
➡️PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA
➡️1005 2010 1170 95
➡️BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
.
Sertakan resit sumbangan, nama dan email anda:
💌momogunmuslim@gmail.com
📱011-5854 9404 (Atun)
📱017-3630 412 (Alya)
.
Ponsikou, Kotohuadan, Kounsapatan, Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Nandre.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top