fbpx

Tajaan Asnaf Tenom

20 Mei 2020 (Selasa) – Petang tadi, Pengerusi PKDMMS Tenom Ustaz Adlie ziarah beberapa rumah saudara baru dan meninjau keadaan mereka.
.
“Kasihan mereka ustazah😭. Kita ini berpuasa dan berbuka dengan makanan yang sedap. Mereka? Makanan pun tidak cukup. Sedih saya ustazah. Harap selepas ini ada banyak lagi sumbangan dari orang luar supaya kami di sini boleh sampaikan kepada mereka.” – Pengerusi Tenom, Ustaz Adlie.
.
Untuk pengetahuan tuan/puan, aktiviti menyampaikan sumbangan ini dilakukan hampir setiap hari di seluruh Sabah yang disampaikan oleh para sukarelawan atau wakil-wakil PKDMMS (Momogun Muslim).
.
InsyaAllah selagi kami mempunyai dana yang cukup, selagi itu kami boleh sampaikan sumbangan dalam pelbagai bentuk, terutama sekali keperluan makanan asas.
.
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.” [ Surah Al-Insan 76: 8]
.
Kami membuka peluang kepada anda semua untuk sama-sama memberi sumbangan di bulan Ramadan yang mulia ini > ikhlas / sedekah / tajaan. Anda menyumbang, kami sampaikan:
.
📌
📌
.
💎ATAU💎
.
Transfer online di :
➡️PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA
➡️1005 2010 1170 95
➡️BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
.
Sertakan resit sumbangan, nama dan email anda:
💌momogunmuslim@gmail.com
📱011-5854 9404 (Atun)
📱017-3630 412 (Alya)
.
Ponsikou, Kotohuadan, Kounsapatan, Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Nandre.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top