16 – 20 Mei 2020 – Aktiviti PKDMMS Tamparuli menyampaikan sumbangan pek makanan (Keperluan Makanan Asas), bentuk kewangan untuk keperluan lain, program berbuka bagi yang memerlukan.
.
Bukan sahaja asnaf mualaf yang disantuni, malahan golongan bukan Islam juga disantuni.
.
Antara daerah yang aktif, PKDMMS Tamparuli bukan sahaja memberi bantuan kepada daerah sekitar Tamparuli tapi sering membantu dan bekerjasama dengan daerah jiran seperti Tuaran dan Kiulu.
.
Untuk pengetahuan tuan/puan, aktiviti menyampaikan sumbangan ini dilakukan hampir setiap hari di seluruh Sabah yang disampaikan oleh para sukarelawan atau wakil-wakil PKDMMS (Momogun Muslim).
.
InsyaAllah selagi kami mempunyai dana yang cukup, selagi itu kami boleh sampaikan sumbangan dalam pelbagai bentuk, terutama sekali keperluan makanan asas.
.
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.” [ Surah Al-Insan 76: 8]
.
Kami membuka peluang kepada anda semua untuk sama-sama memberi sumbangan di bulan Ramadan yang mulia ini > ikhlas / sedekah / tajaan. Anda menyumbang, kami sampaikan:
.
📌
📌
.
💎ATAU💎
.
Transfer online di :
➡️PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA
➡️1005 2010 1170 95
➡️BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
.
Sertakan resit sumbangan, nama dan email anda:
💌momogunmuslim@gmail.com
📱011-5854 9404 (Atun)
📱017-3630 412 (Alya)
.
Ponsikou, Kotohuadan, Kounsapatan, Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Nandre.