KDMRS Muslim telah menjalankan pelbagai projek sebagai usaha memperkasakan masyarakat di Sabah. Berikut merupakan laporan projek yang telah dijalankan:
Antara projek-projek yang telah dijalankan ialah Terjemahan Al-Quran dalam bahasa etnik utama di Sabah. Selain itu, pembinaan masjid atau surau dan “Home for the Poor”.

Bagi projek terjemahan al-Quran bahasa etnik, Bahasa Dusun telah lengkap dan telah dilancarkan pada 31 Mac 2024 yang telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin. Bahasa Rungus telah siap sebanyak 26 juzuk dan 17 juzuk bagi bahasa Sungai.
Setersnya, bahasa Murut telah lengkap bahagian Juzuk Ammal dan yang terakhir sekali, bahasa kadazan telah selesai diterjemah sebanyak 14 surah.

Rumah

Seterusnya, projek lain yang telah dijalankan ialah pembinaan masjid/surau. Surau Piudiulan yang bertempat di Kampung Sesulungon, Trusmadi telah bermula pada Julai 2020 dan telah siap pada Oktober 2022. Sementara itu, satu buah surau telah siap dibaikpulih iaitu Surau Darul Fikri Kampung Telibong, Tamparuli.