PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA (KDMRS Muslim) telah ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai satu institusi yang berkhidmat membina hubungan antara pelbagai etnik Kadazan-Dusun-Murut-Rungus-Sungai (KDMRS) di Malaysia. KDMRS Muslim memfokuskan aktiviti kemasyarakatan melalui kebajikan dan pendidikan kepada kumpulan masyarakat KDMRS, saudara baru daripada kalangan KDMRS yang memerlukan bimbingan dalam pelbagai aspek.
Pada 08 Januari 2018, KDMRS Muslim telah didaftarkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Al-Hujurat, 49:13
Visi
Menjadi organisasi rujukan untuk perkongsian Islam dan pemerkasaan orang Islam KDMRS (Kadazan-Dusun-Murut-Rungus-Sungai).
Misi
Kami wujud untuk mengujudkan budaya perkongsian keindahan Islam, menjelaskan salah faham terhadapnya, dan memperkasakan KDMRS Muslim. Kami berusaha mencapainya dengan pendekatan holistik dan sistemik.
Objektif
- Menyampaikan mesej kesejagatan Islam kepada semua komuniti di Malaysia
- Menjadi Jambatan perhubungan diantara pelbagai komuniti agama dan etnik di negara ini
- Menangani salah faham agama dan prejudis ke arah mengujudkan masyarakat yang harmoni
- Mencipta, memperkaya dan meningkatkan budaya KDMRS Muslim yang menjadi contoh ikutan
- Mendapatkan sokongan dan sumbangan orang ramai