fbpx

Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1445H

Assalamualaikum w.b.t., alhamdulillah pada tahun ini bersamaan 2024 Masihi 1445 Hijrah Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia (KDMRS Muslim) dapat menjalankan amanah bagi melaksanakan ibadah Qurban pada tahun ini.

Alhamdulillah pada tahun ini dengan izin Allah SWT, pihak KDMRS Muslim berjaya mendapatkan 11 ekor haiwan iaitu lembu dan kambing hasil daripada sumbangan orang ramai.

Sebanyak 11 daerah yang terlibat dalam pelaksanaan ibadah qurban Pedalaman pada kali ini dan 11 kampung terlibat. Antaranya daerah Nabawan, Kemabong, Tamparuli dan lain-lain. Sebanyak 1,026 penerima manfaat daging qurban.

Para penerima daging berasa sangat gembira dengan adanya pelaksanaan ibadah qurban ini ditempat mereka. Hal ini kerana, ada kawasan pertama kali ibadah qurban dilakukan dan dilaksanakan solat sunat Aidiladha.

Seluruh warga KDMRS Muslim mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta qurban dan penyumbang Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 2024.

Semoga sumbangan ini ini dapat melonjakkan lagi gerak kerja kebajikan, kemasyarakatan dan outreach di pedalaman Sabah. InsyaAllah.

Scroll to Top