fbpx

panduan memeluk islam bersama kdmrs muslim

Memeluk Islam adalah keputusan penting yang melibatkan pengucapan syahadah, iaitu pengakuan terhadap keesaan Allah dan Nabi Muhammad sebagai utusan-Nya. 

KDMRS Muslim juga menjalankan fungsi sebagai pihak ketiga yang turut terlibat dalam pengislaman sebagai pemudah cara kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. 

Berikut merupakan langkah-langkah mudah untuk masuk Islam, serta memberikan panduan praktikal dan makna di sebalik setiap tindakan:

  1. Mengisi Borang Permohonan Pengislaman.

Borang Permohonan Pengislaman boleh didapati di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang bertempat di Wisma Muis dan pihak KDMRS Muslim juga boleh membantu untuk pemohon untuk mendapatkan borang tersebut.

  1. Menyertakan Surat Akuan Berkanun memeluk islam oleh orang yang akan memeluk Islam

Surat Akuan Berkanun memeluk Islam ini hanya diperlukan bagi pemohon yang berumur 18 tahun ke atas.

  1. Menyertakan 4 keping gambar berukuran Mykad, bersongkok bagi lelaki / bertudung bagi perempuan, berlatar belakangkan warna PUTIH

Satu Keping untuk daerah, 3 Keping untuk ibu pejabat). Bagi pemohon yang berada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, pemohon boleh bergambar terus di pejabat Bahagian Dakwah, Tingkat 9, Blok A, Wisma MUIS.

  1. Menyertakan Surat Akuan Berkanun kebenaran memeluk Islam yang dibuat oleh Ibubapa / Penjaga pemohon yang akan memeluk Islam

Surat ini diperlukan pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah.

  1. Menyertakan salinan Surat Kelahiran /Surat Beranak Pemohon.
  1. Menyertakan salinan Kad Pengenalan / Paspot atau dokumen yang diguna pakai oleh Negara Malaysia.
  1. Menghadirkan dua orang saksi yang beragama Islam.

Saksi yang dibawa hendaklah berumur 18 tahun ke atas bersama dokumen sokongan iaitu salinan kad pengenalan semasa pengislaman. Di KDMRS Muslim, sekiranya pemohon tidak dapat membawa saksi, pihak KDMRS Muslim juga boleh menjadi saksi kepada pengislaman. Namun, amat digalakkan membawa saksi yang dikenali untuk mengelakkan hal-hal berbangkit di kemudian hari.

  1. Menyertakan salinan dokumen perkahwinan, perceraian atau kematian pasangan

Dokumen ini hanya diguna pakai oleh pemohon yang berstatus BERKAHWIN / JANDA / DUDA atau BALU.

Segala proses pengislaman dijalankan pihak KDMRS Muslim adalah SAMA dengan prosedur yang dijalankan oleh JHEAINS. Namun demikian, pengislaman melalui KDMRS Muslim adalah fleksibel yang boleh dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Scroll to Top