Malam ke-27 Ramadan.
Malam yang ganjil, dan mungkin malam Al-Qadr menurut pandangan sebahagian ulama’ (antaranya Riwayat Mu’awiyah ibn Abi Sufyan dalam Sunan Abi Dawud).
Malam Al-Qadr, satu malam yang terpilih di sisi Tuhan yang memiliki segala Keagungan: Seperti mana Allah memilih di antara kesemua hamba-Nya Nabi dan Rasul, serta memilih di kalangan malaikat-Nya Jibril a.s. untuk menyampaikan wahyu, serta memilih bulan Ramadan di antara sekian banyak bulan untuk dimuliakan.
Begitu jugalah Allah SWT berhak serta telah pun memilih 1 malam yang dirahsiakanNya untuk diangkat sebagai Lailatul Qadr, malam keagungan.
Malam turunnya para malaikat ke langit dunia dengan penuh keberkatan, malam ditulisnya takdir tahunan manusia, dan malam dikabulkan segala doa-doa, dikurnia keampunan buat para hamba.
Alangkah beruntungnya mereka yang beroleh janji Allah SWT pada malam ini, malam yang cukup Istimewa. 1 malam yang ganjarannya melebihi ganjaran 1000 bulan.
Bagaimanakah memaksimakan ganjaran pada malam ini?
Sudah pastilah dengan amalan-amalan yang berimpak tinggi berdasarkan panduan yang ditinggalkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya:
- Iktikaf, seperti yang dilazimi oleh baginda s.a.w. sepanjang 10 malam terakhir setiap kali bulan Ramadan.
- Qiyamullail & memenuhkan malam dengan ibadah. Ini diisyaratkan oleh Aisyah r.a. dengan katanya: “Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya pada malam-malam lain” (Sahih Muslim)
- Solat Isya’ & Subuh secara berjemaah: Ganjarannya seakan-akan mendirikan sepanjang malam (Sahih Muslim & Sunan Abi Dawud)
- Tilawah Al-Qur’an: Malam Al-Qadr ialah malam Al-Qur’an diturunkan (Surah Al-Qadr: 1)
- Memperbanyak bacaan doa Lailatul Qadr yang diajar baginda s.a.w. iaitu:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي (HR Tirmizi)
- Memperbanyak doa & zikir, terutamanya yang mempunyai janji fadhilat yang besar. Kami hadiahkan untuk para pembaca yang setia bersama kami, free gift berupa doa & zikir yang berimpak tinggi, seperti mana yang diajar oleh baginda s.a.w.: Klik sini
- Perbanyak & pelbagaikan infaq kepada usaha dakwah yang berpotensi menjadi amal jariah berpanjangan. Tawaran kami ialah dana kebajikan & bimbingan mualaf KDMRS Muslim, bersempena kempen Infaq Harian melalui #MisiLailatulQadr. Klik untuk infaq.
Semoga Allah SWT anugerahkan kita malam Al-Qadr yang diisi sepenuhnya dengan amal kebajikan berdasarkan panduan-panduan berharga, yang telah pun ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan menjadi asbab yang melayakkan kita sekalian bertemu baginda s.a.w. di syurgaNya.
Jutaan kerima kasih!
Misi infaq ramadan
10 TERAKHIR RAMADAN
Mari berinfaq di bulan Ramadan ini untuk Dakwah dan Kebajikan Asnaf di Sabah:
ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 :
8604 4631 00 (CIMB Islamic)