fbpx

Nak Allah Bantu Anda? Ini Caranya…

Macam mana nak dapat bantuan Allah?

Jawapannya mudah: dengan mengikuti segala suruhan, tinggalkan laranganNya; dan yang mungkin paling jarang sekali dibincangkan ialah dengan: membantu agama Allah.

Janji Allah SWT dalam Al-Qur’an:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu Allah, nescaya Allah akan membela kamu dan memperteguhkan pendirian kamu” (Surah Muhammad: 7)

Ayat ini juga bertepatan dengan seruanNya untuk umat Islam mempunyai misi yang jelas, iaitu menyeru manusia ke jalan Allah SWT:

قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya: 

Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” (Surah Yusuf: 108)

Namun timbul 1 persoalan.

Adakah agama Allah perlu ditolong? 🤔🤔

Bukankah Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa?

Kenapakah bantuan makhluk yang lemah juga yang diinginkanNya?

Sebenarnya, bukan Allah yang perlukan kita. Tapi kitalah yang perlukan Allah. 

Ruang-ruang dakwah yang ada sebenarnya adalah peluang yang Allah beri untuk kita dapatkan ganjaran yang paling tinggi yang mampu dicapai oleh seorang manusia di sisiNya, iaitu martabat menjadi pembantu kepada para utusanNya, dan mereka yang setia membela agamaNya. 

Allah menggambarkan keadaan para pembantu Nabi Isa yang setia, serta menuntut perkara sama dari kita. FirmanNya: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ 

“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah dirimu pembela-pembela agama Allah sebagaimana (keadan para penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada Hawariyyun: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalanan) kepada Allah? (dengan menegakkan agamaNya)”. Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela agama Allah!” (Al-Saff: 14)

Jadi, bagaimana nak bantu agama Allah?

Dalam konteks KMDRS Muslim sebagai sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan di Sabah, kami menjemput anda membantu dengan 3 cara berikut:

  1. Kongsikan & sampaikan kepada orang sekeliling tentang usaha-usaha yang telah/sedang/bakal dilaksanakan pertubuhan ini, termasuklah terjemahan Al-Qur’an dalam Bahasa etnik Sabah, majlis iftar & qurban di pedalaman, pembinaan surau dan rumah untuk asnaf, kelas bimbingan mualaf dan pelbagai lagi. 
  2. Mendaftar sebagai sukarelawan /aktivis KDMRS Muslim menerusi: https://shorturl.at/dgrCM 
  3. Menyokong membiayai usaha-usaha KDMRS Muslim melalu infaq kewangan. 

Mudah-mudahan ganjaran untuk segala bantuan & sokongan yang diberikan termasuk dalam mafhum sabda Nabi s.a.w.: 

مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَدْ غَزَا

“Barangsiapa mempersiapkan (keperluan) seorang pejuang, maka baginya pahala seumpamanya (orang yang keluar berjuang tadi)” (HR Al-Bukhari & Muslim)

Teruskan membantu agama Allah SWT dengan kapasiti masing-masing. Semoga dikira sebagai amal jariah dalam rangka menjayakan kempen #MisiInfaqRamadan & #MisiLailatulQadr KDMRS Muslim bagi Ramadan tahun ini.

Jutaan kerima kasih!


Misi infaq ramadan

10 TERAKHIR RAMADAN

Mari berinfaq di bulan Ramadan ini untuk Dakwah dan Kebajikan Asnaf di Sabah:

ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 :

8604 4631 00 (CIMB Islamic)

Scroll to Top