fbpx

Hasil Sumbangan Anda Membawa Impak Yang Tinggi

Dengan rendah hati dan penuh rasa syukur, kami ingin berkongsi laporan sumbangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh KDMRS Muslim semenjak tahun 2020:

  1. Lebih daripada 4,000 keluarga telah menerima bantuan dari program kebajikan dan lawatan mahabah, membawa sinar harapan dalam kehidupan mereka.
  2. Lebih daripada 150 keluarga telah merasai kebaikan dari misi bantuan bencana, menunjukkan kekuatan solidariti dan kepedulian dalam saat-saat sukar.
  3. Telah berjaya menyentuh lebih daripada 10,000 asnaf di 30 daerah dan 5 negeri melalui Tadau Kaamatan Harmoni, membina keamanan dan keharmonian di kalangan masyarakat.
  4. Lebih daripada 6,000 asnaf di pedalaman Sabah telah menerima bantuan dari Qurban Pedalaman Sabah, membawa kegembiraan dalam melaksanakan syiar Agama Islam.
  5. Kami turut gembira kerana berjaya membantu lebih daripada 500 individu dalam pengurusan syahadah, membuka pintu hidayah dan langkah bermula ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
  6. Lebih daripada 300 pelajar di 20 lokasi di 6 daerah telah dibantu melalui Kelas Harmoni Mualaf, mempelajari asas fardhu ain secara teori dan praktikal.
  7. Lebih daripada 3,000 asnaf di 30 daerah telah menerima bantuan dan santunan melalui program Iftar Pedalaman Sabah, mengukuhkan ikatan kebersamaan di kalangan kita.
  8. Telah menyentuh lebih daripada 1,000 asnaf dan pendakwah melalui Kursus Pembangunan dan Kepimpinan, membantu mereka untuk menjadi pemimpin yang bermanfaat kepada masyarakat.
  9. Telah menjalankan lebih daripada 400 Program Outreach dan Kerjasama, menunjukkan komitmen kami dalam membantu masyarakat secara menyeluruh.
  10. Dengan syukur, kami mengumumkan bahawa enam  buah surau/masjid telah berjaya dibina dan diselenggara, menjadi tempat ibadah dan penyatuan ummah.
  11. 10 buah rumah asnaf telah dibina dan sedang dibina.
  12. Proses terjemahan Al-Quran kepada bahasa etnik Dusun telah siap dan empat lagi bahasa etnik Kadazan, Murut, Rungus, dan Sungai masih berjalan, membawa cahaya ilmu dan kebenaran al-Quran kepada seluruh komuniti di Sabah.

Bagi tahun 2023 pula, aktiviti-aktiviti kebajikan yang telah kami jalankan adalah seperti dalam jadual di bawah:

Anda juga boleh melihat perkembangan aktiviti yang dijalankan setiap hari. Sila klik butang di bawah:

Kami bersyukur atas sokongan dan sumbangan yang telah diberikan, kerana setiap usaha kecil membawa perubahan besar dalam kehidupan seseorang. Semoga usaha kita bersama terus memberi inspirasi dan manfaat yang berkekalan kepada yang memerlukan.Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.

Jutaan kerima kasih!


Misi infaq ramadan

10 TERAKHIR RAMADAN

Mari berinfaq di bulan Ramadan ini untuk Dakwah dan Kebajikan Asnaf di Sabah:

ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 :

8604 4631 00 (CIMB Islamic)

Scroll to Top