fbpx

Nak Lailatul Qadar? Jangan buat 5 perkara ini…

Ramadan adalah bulan penuh berkat yang penuh pengampunan dan rahmat. Inilah peluang yang unik untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan amalan ibadah, dan menjauhi hal-hal yang sia-sia.

Di sini, kami ingin memberi cadangan untuk mengelakkan lima perkara khususnya semasa mencari Lailatul Qadr:

1. Merokok: 

Hukumnya disepakati haram oleh majoriti ulama’ seperti yang difatwakan: 

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2634-bayan-linnas-siri-ke-18-merokok-hukum-dan-penyelesaiannya

2. Riya’ dalam beribadah:

Firman Allah SWT:

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ ‎﴿٤﴾‏ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ‎﴿٥﴾‏ الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ ‎﴿٦﴾

Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi ahli solat, iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya, serta yang riya’ (dalam amal ibadahnya” (Surah Al-Ma’un: 4-6)

3. Mengumpat & mencela orang lain: 

Orang seperti ini akan datang di akhirat nanti dengan amal kebaikan yang banyak, namun tetap juga muflis. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang berikut:

4. Hasad dengki & berbusuk hati:

Sabda Nabi s.a.w.:

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ, فَإِنَّ اَلْحَسَدَ يَأْكُلُ اَلْحَسَنَاتِ, كَمَا تَأْكُلُ اَلنَّارُ اَلْحَطَبَ

“Awasilah dari sifat hasad, kerana sesungguhnya ia membakar (pahala) kebaikan seperti mana api membakar kayu api” (Sunan Abi Dawud)

5. Bangga diri/Takabbur dengan membandingkan amalan dengan orang lain. 

Sabda Nabi s.a.w.:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ

“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada keangkuhan walau sebesar biji sawi” (HR

Semoga Allah kurniakan kita keikhlasan beribadah semata-mata untuk-Nya dan berdasarkan panduan-Nya agar kita tidak rugi dunia akhirat.

Teruskan beramal di 10 akhir Ramadan ini dengan amalan-amalan yang berimpak tinggi kerana Allah SWT berfirman:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

“Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan (dosa)” (Surah Hud: 114)

Di antara amal kebaikan yang mampu memadam kesalahan kita pula ialah infaq. Lazimilah infaq harian kerana Nabi s.a.w. bersabda:

أَلاَ أُدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْجَنَّةِ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ النَّارَ الْمَاءُ

“Mahukah aku tunjukkan pintu-pintu syurga kepadamu? Sesungguhnya puasa ialah pelindungmu (dari api neraka), manakala sedekah pula memadamkan kesalahan-kesalahan seperti mana air memadamkan api” (HR Ibn Majah dengan sanad yang Hasan)

Salurkan infaq anda kepada NGO yang berdaftar dan mempunyai track record yang baik dalam melaksanakan usaha-usaha dakwah dan kebajikan seperti KDMRS Muslim. Sumbangan anda amat berharga untuk memastikan keberlangsungan usaha dakwah ini di masa hadapan. Jazakumullahu khairan.

Jutaan kerima kasih!


Misi infaq ramadan

10 TERAKHIR RAMADAN

Mari berinfaq di bulan Ramadan ini untuk Dakwah dan Kebajikan Asnaf di Sabah:

ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 :

8604 4631 00 (CIMB Islamic)

Scroll to Top