Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Alhamdulillah washalatu wassalamu a’la Rasulillah wa a’la alihi waashabihi wa man walah
Hari ini kita selesai melalui hari ke-23 dan memasuki malam ke-24 Ramadan 144H, kita sudah berada hampir dipertengahan sepuluh malam terakhir Ramadan.
Kami di KDMRS Muslim mendoakan anda dan kita semua berjaya beramal yang terbaik pada malam lailatul qadar malam yang lebih baik dari 1000 bulan, inshaAllah.
Selain kejayaan kita memulakan pencetakan terjemahan Al Quran bahasa Dusun, usaha para penterjemah kami dari etnik Murut, Rungus dan Sungai sedang dipelbagai peringkat penterjemahan, usaha menterjemah ke bahasa Kadazan akan bermula tidak lama lagi, manakala pasukan penterjemah bahasa Dusun sedang memulakan usaha penterjemahan Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir ke dalam bahasa Dusun.
Semasa perjalanan kami beriftar di 11 lokasi di pedalaman Sabah, terakhir 3 hari lepas, kita telah menemui dua tempat yang mempunyai penduduk Islam yang ramai tetapi tetapi tidak mempunyai surau atau masjid iaitu di Kg Andap Bangau Kudat dan Kg. Pulutan Nabawan. Kami juga mengadakan iftar dibeberapa surau yang sangat dhaif dan memerlukan sumbangan dana untuk diperbaiki seperti berikut:
i. Lokasi ke 1 Puncak Damai Penampang (amat daif dan tiada letrik, dinding untuk kawasan belakang, simen penuh tiang, tiang, tileskan lantai, perbaiki tandas)
ii. Lokasi ke 4 Kg Parong KM (Surau terlalu kecil. Perlu pasang atap dan tileskan serta dindingkan kawasan depan surau untuk muslimah dan masyarakat)
iii. Lokasi ke 5 Kg Rukom Laut Pitas (Surau kena banjir, amat daif. Atap rosak, masjid usang perlu di cat, tandas perlu dibaiki)
iv. Lokasi ke 6 Kg Togop Darat Ranau (Perlukan kawasan lebih luas dipasang tiles dan diperluaskan pagar masjid untuk masyarakat, tandas diperbaiki)
v. Lokasi ke 7 Kg Sumbiling Baru Keningau (Perlu tandas, kawasan masjid dipagar supaya binatang liar tidak berkeliaran)
vi. Lokasi ke 9 Kg. Seselongon Trusmadi, (Perlu simen atas kawasan sekitar yang berlumpur untuk meraikan masyarakat dan perlu pagar kawasan masjid)
vi. Lokasi ke 10 Kg Belatik KImanis (perlu pelindung dari matahari untuk ruang program. Kelas saudara baru amat teruk keadaan, perlu bangunan baru)
Mari kita usahakan membantu mereka dikejauhan di pedalaman Sabah. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita.
Kita telah berjaya menyantuni lebih dari 1000 orang Muslim berbuka puasa dan non-Muslim yang menyertai acara serta menikmati keindahan Islam pada majlis berbuka puasa, kami juga berjaya memberikan bantuan makanan kepada sekitar 300 orang penerima bantuan di semua kawasan yang di santuni. alhamdulillah.
Mari bersama jayakan usaha-usaha ini dengan sumbangan dana dan doa anda berterusan.
Semoga semua kita mendapat keberkatan beramal di malam lailatul qadar dan mendapat rahmat, kemapunan dan pembebasan dari api neraka Allah SWT di bulan Ramadan ini inshaAllah.
Wassalamualaikum warahmatullah wabaraktuh
Hj Nicholas Sylvester
Pengerusi KDMRS Muslim
23 Ramadan 1444H bersamaan 14 April 2023M
#TeruskanMenyumbang
ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 :
8604 4631 00
CIMB Islamic