fbpx

Peningkatan kes bergejala yang tidak diketahui asal-usulnya di Sabah memberikan gambaran masa depan yang suram

COVID-19 – Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan amaran yang kurang menyenangkan bahawa kes Covid-19 di Sabah dijangka meningkat dalam waktu terdekat.

Ini kerana pihak Kementerian Kesihatan sedang menggiatkan usaha ujian  dan saringan di negeri tersebut, yang pada waktu ini mempunyai jumlah kes aktif Covid 19 tertinggi – sebanyak 1,943 kes sejak tengah hari semalam. 

Walaupun peningkatan ujian dan saringan sering menghasilkan jumlah kes yang tinggi sebagai pulangan, namun isu yang paling membimbangkan di Sabah adalah kadar kematian dan jumlah orang yang dilaporkan dengan gejala Covid-19 semakin meningkat.

Satu lagi kebimbangan adalah semakin banyak kes dikesan melalui ujian saringan tapi tidak dapat dikaitkan dengan kluster yang sedia ada – menandakan sebahagian besar populasi individu yang dijangkiti masih berleluasa.

Sejak 15 September, terdapat 18 kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan, dan 14 daripadanya berasal dari Sabah.

Kedah yang mempunyai 1,251 kes aktif semalam walau bagaimanapun melaporkan 3 kematian sahaja.

Sejumlah besar mereka yang terbabit di Kedah dikaitkan dengan penjara Alor Setar, dan kebanyakan yang dijangkiti adalah banduan, diikuti oleh para warden dan ahli keluarga mereka. 

Semua  yang berada di dalam penjara tersebut telah menjalani prosedur ujian dan saringan pencegahan untuk mengasingkan mereka yang sihat dan sebaliknya.

Makin ramai jatuh sakit di Sabah

Di sebalik itu, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, semakin banyak orang yang datang ke pusat kemudahan kesihatan di Sabah sudah pun sakit dan mempunyai virus corona.

Sehingga semalam, statistik Kementerian Kesihatan di Sabah telah memberikan maklumat terperinci dengan huraian lengkap bagaimana setiap kes dikesan. 

Antara kategori kes yang dikesan termasuklah dari kluster, saringan pra-pembedahan, saringan komuniti, pengesanan kontak serta kenalan, pusat tahanan polis dan saringan pekerja kesihatan

 Sungguhpun begitu kategori terpenting adalah kes yang dikesan melalui saringan bergejala, di mana jumlahnya meningkat naik secara mendadak sejak 21 September lalu.

Dari hanya satu angka 10 hari lalu, jumlah kes baru dari mereka yang bergejala telah meningkat ke tiga angka, dua kali sejak enam hari lalu.

Mereka yang bergejala dianggap lebih mudah menjangkiti dan menghadapi risiko kematian yang lebih tinggi

Kementerian Kesihatan telah menghentikan perkongsian huraian terperinci kes baru di Sabah, dengan 271 kes terkini – jumlah kedua tertinggi bagi wilayah tersebut buat masa ini. 

Sebaliknya, pihak kementerian hanya menyenaraikan jumlah kes baru dan menyatakan bahawa 252 daripada kes tersebut datang dari pelbagai saringan lain.

Sekiranya laporan sebegini berterusan, rakyat Malaysia khasnya warga Sabah tidak akan dapat tahu keparahan jangkitan Covid-19 di Sabah.

Keengganan menjalani ujian saringan kerana takut hilang pendapatan

Bekas pakar khas Kementerian Kesihatan Dr Amar Singh percaya bahawa memberi perhatian kepada jumlah kes yang tidak berkait pada kluster boleh menunjukkan betapa parahnya situasi di Malaysia Timur.

Dalam menganalisa jumlah ini, Amar berkata penularan dalam komuniti di Sabah sangat membimbangkan. 

Katanya dengan lebih 90 peratus daripada kes tidak berkait dengan kluster, pengesanan kontak dan kenalan akan menjadi susah dan penularan wabak akan berterusan tanpa pemeriksaan di Sabah.

‘Sabah perlukan bantuan dan sumber,” kata Amar di Twitter.

_______

Penularan wabak di Sabah sangat membimbangkan

Bukan sahaja peningkatan dalam jumlah (dua kali ganda dalam seminggu)

Tapi peratusan kes yang tdak berkait (bukan dari kluster)

Sebanyak lebih daripada 90%

Sukar untuk mengesan kontak dan kenalan dengan berkesan

Covid-19 merebak tanpa pemeriksaan di Sabah

*Sabah needs help & resources* pic.twitter.com/J9rrnejA8H

“Sabah perlukan bantuan & sumber”

— Amar-Singh HSS (@DrAmarMOH) October 8, 2020

_______

Sementara pihak kementerian terus menghantar peralatan dan sumber manusia dari semenanjung ke Sabah, keadaan sosio ekonomi tempatan juga memberikan cabaran, jelas para pekerja barisan hadapan.

Di Semporna, Dr Mohamad Ashrof Abdullah memberitahu Berita Harian bahawa penduduk tempatan tidak mahu diperiksa kerana takut hilang pendapatan harian.

“Kebanyakan mereka bekerja sendiri sebagai nelayan dan seumpamanya, dan sesetengah daripada mereka enggan menjalani ujian saringan kerana itu bermakna mereka tidak akan dapat mencari nafkah hidup jika mereka dikuarantin,” Mohammad Ashrof terdiri dari kalangan doktor, pembantu kesihatan, jururawat dan pegawai kesihatan yang dihantar ke Semporna dari Semenanjung Malaysia.

Lambat dalam mencari rawatan adalah antara faktor kematian kes Covid-19

Jika keadaan berterusan, ramai lagi yang dijangka akan terjangkit dengan gejala yang begitu parah sehingga mereka akan memerlukan rawatan rapi, yang sudahpun tidak tertampung oleh sistem rawatan kesihatan Sabah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top