fbpx
"Sesiapa yang menyeru kepada KEBAIKAN nescaya dia beroleh PAHALA seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah KESESATAN nescaya dia beroleh DOSA seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun."
Hadis Riwayat Muslim

Apa Itu Tadau Kaamatan?

Tadau Kaamatan adalah sambutan tahunan yang diadakan oleh masyarakat Kadazan-dusun di Sabah untuk merayakan hasil bumi dan mempromosikan budaya mereka. Namun begitu, terdapat beberapa elemen dalam acara ini yang mungkin tidak selari dengan nilai-nilai Islam seperti pemujaan semangat padi, minum arak dan pakaian tradisi yang tidak patuh syariah.

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia (KDMRS Muslim) akan mengadakan sambutan Tadau Kaamatan yang selari dengan Islam, dan diharapkan akan menjadi medium untuk dakwah melalui budaya. Kami akan memastikan bahawa setiap elemen budaya yang digunakan akan dipertimbangkan dengan teliti, dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.ย 

Alhamdulillah, usaha dakwah ini telah pun mendapat sokongan oleh SS Datuk Mufti Negeri Sabah dan program ini bekerjasama dengan beberapa NGO islam. Kami berharap bahawa acara Tadau Kaamatan kami akan memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan dan tradisional, serta memberi peluang kepada masyarakat untuk mempelajari dan menghargai kebudayaan yang unik dari masyarakat Kadazandusun

Oleh itu, kami memohon sokongan dan dokongan serta sumbangan dari anda semua untuk menjayakan sambutan Tadau Kaamatan yang patuh syariah. Dalam usaha ini, kami berharap agar sambutan ini akan menjadi sarana dakwah melalui budaya, dan dapat memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan dan tradisional dalam masyarakat kita. Terima kasih atas sokongan anda semua

ACARA-ACARA: Memperkukuh Kreativiti dan Imej Islam

Program ini akan diadakan di 30 Daerah kawasan pedalaman Sabah dan akan berakhir di Keningau bagi sambutan peringkat Negeri Sabah. Sebagai makluman tuan puan, sepanjang program ini dijalankan pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan & pelbagai pihak akan diberikan penghargaan atas usaha mereka di dalam program ini, diantaranya:

๐Ÿ“Œ Tokoh Penterjemah Al-Quran
๐Ÿ“Œ Tokoh Pemikir
๐Ÿ“Œ Tokoh Usahawan
๐Ÿ“Œ Tokoh Produktif
๐Ÿ“Œ Tokoh Penjawat Awam Cemerlang
๐Ÿ“Œ Anugerah Keusahawanan Daerah
๐Ÿ“Œ Anugerah Institusi Tahfiz
๐Ÿ“Œ Anugerah Institusi Pendidikan
๐Ÿ“Œ Anugerah Biasiswa Momogun Muslim
๐Ÿ“Œ Kontigen Perarakan Terbaik
๐Ÿ“Œ Anugerah AJK Terbaik
๐Ÿ“Œ Anugerah AJK Harapan
๐Ÿ“Œ Nasyid etnik
๐Ÿ“Œ Fesyen etnik Islami terbaik
๐Ÿ“Œ Futsal
๐Ÿ“Œ Juadah Tradisional
๐Ÿ“Œ Muzik Tradisonal Islami
๐Ÿ“Œ Mini Tradisional Game

Sumbangkan untuk Outreach Melalui Budaya

Kami membuka ruang peluang kepada Tuan/Puan untuk bersama kami dalam program Tadau Kaamatan Harmoni KDMRS Muslim dengan tajaan seperti;

โœ… Tajaan makan asnaf serendah RM10.00
โœ… Tajaan bakul makanan asnaf serendah RM30.00 untuk 1 pack beras (10kg)
โœ… Tajaan sumbangan hadiah sempena Program Tadau Kaamatan Harmoni serendah RM50.00 untuk 1 hamper.

30 Daerah yang akan terlibat dengan program Tadau Kaamatan Harmoni KDMRS Muslim pada tahun 2023. Hampir 9000 orang akan menerima manfaat sumbangan anda.

Sekecil apa pun sumbangan Tuan/Puan sedikit apa pun akan memberikan keceriaan buat mereka menyambut perayaan Tadau Kaamatan dengan penuh penghayatan berkenaan keindahan islam.

Tadau Kaamatan Harmoni

RM
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Cara Lain untuk Menyumbang

Salurkan terus ke akaun bank:

CIMB : 8604463100

PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA

Rujukan : TKH

Sebarkan kepada rakan-rakan

Facebook
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top