KENAPA KORBAN DI PEDALAMAN?
Sebenarnya masih ramai mualaf di pedalaman yang Iman mereka perlu diberi perhatian supaya tidak terpengaruh dengan dakyah agama lain.
Ada diantara mereka BELUM PERNAH merasai ibadah Qurban mahupun solat sunat Aidiladha. Mereka memerlukan bimbingan untuk menghidupkan syariat agama!
Selain itu, kita memerlukan kos yang tinggi untuk membawa lembu masuk ke pedalaman Sabah, disamping harganya yang lebih mahal.
Kami di KDMRS Muslim memfokuskan aktiviti ini di kampung-kampung yang masih BELUM PERNAH melaksanakan ibadah Qurban.




KELEBIHAN KORBAN BERSAMA KAMI
✅ Pendaftaran mudah cepat melalui laman web kami.
✅ Dilaksanakan oleh badan yang berkelayakan dan mempunyai autoriti.
✅ Proses sembelihan akan disaksikan oleh wakil tim KDRSM kami.
✅ Penyembelihan akan dilaksana pada hari Tasyrik.
✅ Bukti gambar atau video akan dihantar kepada peserta korban.
✅ Pelaksanaan Korban dengan harga mampu milik.
✅ Akan di agihkan kepada kawasan perkampungan pendalaman Sabah, asnaf, fakir miskin, saudara baru yang sangat memerlukan.
Marilah kita menunaikan ibadah korban sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
(Al-Kauthar : 2)
AYUH REBUTLAH PELUANG INI!
Yang menjalankan amanah,
Haji Nicholas Sylvester
Pengerusi,
PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA
"Tidak ada amalan yang lebih dicintai Allah pada Hari Raya Qurban melainkan menyembelih haiwan"
Hadis Riwayat Tirmidzi
Qurban Pedalaman Sabah 2023/1444H
- Harap maaf, penyertaan Qurban telah ditutup! Terima kasih kepada semua penyumbang. Segala persoalan sila hubungi 011 1497 9037
Sebarkan kepada rakan-rakan
Facebook
WhatsApp
Telegram