fbpx
"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain"
Hadis Riwayat Tirmizi

KENAPA PENTINGNYA TERJEMAHAN AL-QURAN BAHASA ETNIK SABAH?

Projek terjemahan Al-Quran bahasa etnik Sabah ini merupakan usaha penting oleh PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA (KDMRS Muslim) dalam misi menyebarkan dakwah di seluruh Sabah. Melalui terjemahan ini, ajaran agama Islam dapat diwujudkan dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat setempat.

Kini, KDMRS Muslim telah berjaya menerbitkan 10,000 naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa Dusun yang pertama di dunia. Seterusnya kita akan memulakan penterjemahan Al-Quran al Karim ke dalam bahasa etnik Kadazan, Murut, Rungus dan Sungai pula.

KDMRS kini menyantuni dan membantu 43 kawasan/daerah di pedalaman Sabah dan telah syahadahkan ramai orang. Ini adalah usaha dalam misi untuk menyebarkan kefahaman Al-Quran kepada etnit Sabah. Kami mempunyai pasukan, dan rangkaian pengedar di seluruh daerah Sabah. Oleh itu, kami SANGAT memerlukan untuk mengumpulkan dana bagi menyelesaikan terjemahan ini.

Ahli Panel Pakar dan Sokongan Pelbagai Pihak

Projek terjemahan ini juga melibatkan ahli-ahli panel yang pakar dalam bahasa Arab dan bahasa ibunda masing-masing. Panel ini terdiri daripada individu-individu yang telah memiliki pengalaman dan kepakaran dalam bidang bahasa dan kajian agama.

Dengan kehadiran panel ini, terjemahan Al-Quran bahasa etnik Sabah dapat dihasilkan dengan kualiti yang tinggi dan memenuhi standard yang ditetapkan. Setiap ayat dan perkataan akan diterjemahkan dengan tepat dan mengikut konteks yang betul. Ini akan memudahkan masyarakat Sabah dalam memahami dan menghayati Al-Quran dengan lebih baik.

Selain itu, projek ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Mufti Sabah yang turut memberikan pandangan dan nasihat bagi memastikan terjemahan ini mengikut pemahaman yang betul.

Perkembangan Terkini

BAHASA
BAJET
STATUS
Dusun
RM300,000
Selesai (10,000 naskhah telah dicetak)
Rungus
RM300,000
20 Juzu’
Sungai
RM300,000
6 Juzu’
Murut
RM300,000
3 Juzu’
Kadazan
RM300,000
Mengumpul Panel Penterjemah

DENGAN MENYUMBANG KEPADA USAHA MURNI INI, ANDA AKAN MENDAPAT:
✅ HADIAH untuk setiap SURAH Al-Quran yang dibacakan
✅ HADIAH untuk setiap SURAH Al-Quran yang di hafal
✅ Ganjaran untuk setiap SURAH yang dilaksanakan
✅ Ganjaran untuk setiap orang yang menerima Islam dan menerapkannya dalam kehidupan mereka

Jom sama-sama turut menyumbang dalam Terjemahan Al-Quran Bahasa Etnik Sabah. Semoga segala sumbangan anda kekal hingga ke akhirat seperti mana sabda Rasulullah SAW:

Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya.

Projek Terjemahan Al-Quran Bahasa Etnik Sabah

RM427,503 of RM1.3 million raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Cara Lain untuk Menyumbang

Salurkan terus ke akaun bank:

CIMB Islamic : 8604463100

PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA

Rujukan : Quran

Sebarkan kepada rakan-rakan

Facebook
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top