Tentang KDMRS Muslim
Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai KDMRS Muslim telah ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai satu institusi yang berkhidmat untuk membina hubungan antara Masyarakat di Malaysia. KDMRS Muslim memberi fokus kepada projek Kebajikan dan Pendidikan kepada masyarakat KDMRS Muslim khususnya saudara baru yang memerlukan bimbingan dan sokongan.
Visi & Misi KDMRS Muslim
Visi Kami
Menjadi organisasi rujukan untuk perkongsian Islam dan pemerkasaan orang Islam KDMRS (KDMRS Muslim).
Misi Kami
KDMRS Muslim mewujudkan budaya perkongsian mengenai keindahan Islam, menjelaskan salah faham terhadapnya, dan memperkasakan KDMRS Muslim.
Kami berusaha mencapainya dengan pendekatan yang holistik dan sistemik
Aktiviti Kami
1. Outreach
Aktiviti outreach bagi KDMRS Muslim di Sabah merujuk kepada usaha mendekati masyarakat untuk menyampaikan mesej Islam, memberikan bimbingan agama, serta membantu golongan yang memerlukan, khususnya di kawasan pedalaman di bumi Sabah.
KDMRS Muslim menyediakan perkhidmatan pengurusan syahadah yang mana sebagai pemudahcara kepada JHEAINS dalam pengislaman. Tadau Kaamatan Harmoni atau Pesta Menuai diraikan oleh pelbagai suku kaum di Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Lundayeh, Sungai dan banyak lagi kaum di Sabah yang berlandaskan agama Islam. Di samping meraikan masyarakat KDMRS pada hari raya Aidiladha, program Qurban Pedalaman juga bertujuan untuk menyerlahkan keindahan Islam, dengan berkongsi mengenai adab-adab dalam melaksanakan ibadah qurban. Majlis Iftar Pedalaman dilaksanakan demi menyantuni para saudara baru yang berada nun jauh di kawasan pedalaman. Hari Raya Aidilfitri disambut bersama masyarakat tanpa mengira bangsa, agama serta latar belakang.
2. Pendidikan
KDMRS Muslim menyediakan kelas harmoni mualaf sebagai pengajaran asas agama seperti Fardhu Ain dan pengajian Al-Quran di kawasan-kawasan yang jauh dari bandar khususnya di pedalaman Sabah. Selain itu, KDMRS Muslim jugak memberikan tajaan sambung belajar kepada asnaf. KDMRS Muslim juga mempunyai Kursus dan Latihan Pembangunan kepada daie dan asnaf sebagai pemerkasaan jati diri.
3. Kebajikan
KDMRS Muslim, sebuah NGO Islam, aktif dalam pelbagai program kebajikan termasuk ziarah asnaf, bantuan bencana alam, sokongan psikologi, dan bakul makanan. Melalui ziarah asnaf, NGO ini membantu golongan kurang berkemampuan dengan menyediakan bantuan kewangan dan barangan asas. Bantuan bencana alam pula menumpukan kepada mangsa bencana seperti banjir dengan menyediakan keperluan asas serta sokongan logistik. Sokongan psikologi diberikan kepada mereka yang mengalami trauma melalui kaunseling dan motivasi, manakala bakul makanan pula memastikan keluarga yang memerlukan mendapat bekalan makanan asas. Semua inisiatif ini mencerminkan usaha KDMRS Muslim dalam membantu masyarakat dengan prinsip kesejahteraan Islam.
Projek Impak Tinggi
i. Terjemahan Al-Quran Bahasa Etnik
Projek terjemahan Al-Quran ke bahasa etnik Sabah oleh KDMRS Muslim adalah usaha penting dalam misi dakwah di Sabah, memudahkan masyarakat setempat memahami ajaran Islam dalam bahasa mereka sendiri.
BAHASA | Status |
---|---|
Dusun | Selesai (10,000 naskhah telah dicetak) |
Rungus | 26 Juzu' |
Sungai | 17 Juzu' |
Murut | 1 Juzu' |
Kadazan | 14 Surah |
ii. Pembangunan Surau & Masjid
Sebagai tanda sokongan kepada saudara baru, KDMRS Muslim telah cuba membangunkan surau dan masjid di pedalaman Sabah sebagai tempat menjalankan ibadah dan mempelajari ilmu agama.
iii. Bina & Baiki Rumah Asnaf
KDMRS Muslim menggerakkan inisiatif serta memperkukuh kapasiti bagi pembangunan perumahan dalam kalangan komuniti terpinggir dan miskin tegar di Sabah. Projek ini melibatkan pembinaan rumah baru, pembaikan rumah, dan penyediaan kemudahan asas untuk penduduk di kawasan pedalaman Sabah.
Laporan Pencapaian KDMRS Muslim
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan “KDMRS Muslim”?
KDMRS Muslim merujuk kepada lima etnik utama di Sabah iaitu Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai. Asalnya ialah PKDMMS yang merujuk kepada Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia tetapi telah dijenamakan semula kepada KDMRS Muslim pada tahun 2021
2. Bagaimana ingin melibatkan diri dengan pertubuhan ini?
- Sekiranya ingin melibatkan dari aspek tenaga kerja, boleh mendaftar diri sebagai sukarelawan berdasarkan pautan berikut (https://team.kdmrsmuslim.com/)
- Sekiranya ingin melibatkan diri melalui sokongan kepada kami, boleh menyalurkan sumbangan secara berterusan melalui pautan ini (https://infaqpay.my/go/kdmrs?referrer=TPM)
3. Bagaimana NGO ini membantu komuniti di kawasan pedalaman Sabah?
Kami membantu komuniti pedalaman melalui projek pembinaan rumah, penyediaan kemudahan asas, dan program kebajikan lain untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut.
4. Apakah jenis bantuan yang ditawarkan oleh KDMRS Muslim?
Kami menawarkan pelbagai bantuan termasuk ziarah asnaf, bantuan kewangan, bantuan makanan, sokongan psikologi, dan bantuan kepada mangsa bencana alam.
5. Bagaimana cara untuk memohon bantuan?
Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi pejabat kami di talian 088-772 524 atau menghubungi pegawai yang berkaitan.
ALAMAT:
Block A, Lot 4, 1st Floor,
Putatan Central Plaza,
Mile 6, Jalan Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah
MAKLUMAT PERHUBUNGAN:
- +60 88-772 524 (Pejabat)
- +60 11-2548 7140 (Hotline Dana)
- +60 19-960 0775 (Sokongan Mualaf)
- +60 11-1497 9037 (Kewangan)
- momogunmuslim@gmail.com
SUMBANGAN:
PERTUBUHAN KADAZAM DUSUN MURUT MUSLIM SE-MALAYSIA
1005 2010 1170 95
Bank Islam