Qurban Pedalaman – Sook

Qurban Pedalaman – Sook
by
131 131 people viewed this event.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah, program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim di Kg. Kebulu, Sook sedang berlangsung dengan lancar. Program ini diberkati dengan kehadiran wakil KDMRS Muslim yang telah dilantik bersama-sama dengan kerjasama dan bantuan dari penduduk kampung. Mereka telah bekerja keras dengan penuh semangat untuk melaksanakan proses pemotongan dan pelapahan daging qurban dengan sepenuh keikhlasan.

Daging qurban yang diperoleh akan diagihkan dengan penuh kebaikan dan kasih sayang kepada masyarakat setempat yang memerlukan. Segala penghargaan dan terima kasih kami hulurkan kepada semua penyumbang yang telah memberikan kepercayaan kepada KDMRS Muslim untuk menyelenggarakan ibadah qurban ini. Semoga segala amalan yang telah dilaksanakan menjadi asbab untuk mendapatkan redha dan keberkatan dari Allah SWT, serta menjadi jalan menuju syurga-Nya. Aaamin.

“Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).” (Al-Kauthar:2)”

 

Date And Time

30/06/2023 12:00 AM to
11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan