
24 Februari 2026 | Kg. Kabatang Baru, Sook, Keningau, Sabah
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟔.
Majlis bermula dengan suasana persiapan dan kehadiran para peserta yang terdiri daripada komuniti setempat serta para sukarelawan. Program kemudian diteruskan dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Marwan, Pegawai Outreach KDMRS Muslim, yang menekankan kepentingan kesabaran, keikhlasan serta keindahan ibadah dalam bulan Ramadan.
Selepas tazkirah, majlis diteruskan dengan bacaan doa sebelum para hadirin menikmati makan ringan bersama-sama. Detik ini menjadi ruang untuk para peserta berinteraksi serta mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Setibanya waktu berbuka puasa, para peserta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum menikmati jamuan makan utama yang telah disediakan. Program seterusnya diteruskan dengan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah yang dilaksanakan dalam suasana penuh ketenangan.
Sebagai penutup program, satu sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan bagi merakam kenangan sepanjang majlis berlangsung. Program ini diharap dapat memberi sokongan moral dan spiritual kepada para mualaf serta memperkukuhkan hubungan ukhuwah dalam komuniti setempat.
