fbpx

Dana Pembinaan Rumah untuk Keluarga Miskin di Pedalaman Sabah

INI RUMAH BUKAN KANDANG-Begitulah perumpaan yang boleh diberikan kepada rumah yang kami jumpai. Bayangkan, rumah dhaif yang diduduki tidak mempunyai dinding, bilik, tandas, elektrik dan bekalan air. Tidur bertemankan nyamuk, dan terdedah kepada pelbagai binatang bahaya di waktu malam, begitulah keadaan keluarga dibanyak bahagian di Sabah.

Nabi bersabda “Seseorang kamu belum sempurna imannya jika dia tidak mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya sendiri.” – [Riwayat Bukhari & Muslim]

Mengambil semangat ini, kami mempromosikan usaha dan membina kapasiti untuk pembangunan kediaman di dalam komuniti yang terpinggir dan miskin tegar di Sabah. Projek ini dicadangkan untuk diadakan di negeri Sabah, negeri yang termiskin di Malaysia.
Melalui projek ini kami berusaha untuk menjana dana sumbangan orang ramai sebanyak RM500,000 untuk membina rumah untuk 10 keluarga di peringkat awal, yang akan dikembangkan kemudiannya kepada lebih banyak rumah apabila kemampuan bertambah.
Matlamat kami adalah satu rumah untuk satu keluarga dhaif.

“Mari bersama, kita bangunkan masyarakat etnik Kadazan, Dusun, Murut,Rungus dan Sungai (KDMRS) di Sabah dengan dakwah serta santunan saudara baru bersama Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (PKDMMS).”
Tuan Hj Nicholas Sylvester,CEO & Pengerusi PKDMMS.

=========BAGAIMANA NAK MENYUMBANG?=========
Infak atas talian (Online) dengan klik :

ATAU boleh terus ke akaun bank :-

Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia

➡️ 8604 4631 00

➡️ CIMB Islamic

Ref: rumah

Email: momogunmuslim@gmail.com

Scroll to Top