Blog

Your blog category

Sedekah Ramadhan

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan amal kebajikan. Salah satu amalan kebajikan yang sangat ditekankan dalam bulan Ramadan adalah sedekah. Sedekah adalah satu amalan kebajikan yang sangat dihargai di sisi Allah dan dapat membantu meningkatkan pahala dan keberkatan di bulan Ramadan. Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan membahas tentang kepentingan sedekah […]

Sedekah Ramadhan Read More »

Sumbangan Anda Menjangkau Masyarakat yang Memerlukan dan Mencipta Impak Positif

Alhamdulillah, sehingga kini pertubuhan KDMRS Muslim ini telah berjaya mencapai tahap yang tinggi. Ia mempunyai 7 pejabat cawangan dan lebih 400 keahlian di seluruh Malaysia. Di antara pencapaiannya sejak tahun 2020 ialah: 𝟏. 𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐛𝐛𝐚𝐡: 𝟐. Bantuan 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 Alam: 𝟑. 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢: 𝟒. 𝐈𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐐𝐮𝐫𝐛𝐚𝐧: 𝟓. 𝐈𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧: 𝟔. 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧: Latihan Outreach: 205

Sumbangan Anda Menjangkau Masyarakat yang Memerlukan dan Mencipta Impak Positif Read More »

10,000 Naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa Dusun yang Pertama di Dunia

Hari ini kita akan menyambut hari Nuzul Al-Quran, diturunkan Al-Quran yang menjadi panduan dan petunjuk dari Allah SWT untuk seluruh manusia. Mesejnya relevan dan menjadi pegangan individu, keluarga, masyarakat dan pemerintah sehingga ke akhir zaman. Kami di KDMRS Muslim sangat menghargai perkara ini dan berusaha menumpukan usaha memastikan Al Quran itu difahami oleh semua suku

10,000 Naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa Dusun yang Pertama di Dunia Read More »

Tokoh Momogun Muslim : Ustazah Nur Syuhadah Maisarah Joanis Abdullah

Untuk minggu ini kami ingin berkongsi pengalaman dan kisah inspirasi seorang lagi tokoh wanita dari komuniti Momogun Muslim. Kisahnya tidak kurang hebat dengan tokoh-tokoh sebelum ini. Wanita yang dimaksudkan adalah Ustazah Nur Syuhadah Maisarah Joanis Abdullah. Beliau dilahirkan di Papar dan seperti kebanyakan ahli keluarganya yang lain, beliau pada mulanya beragama Pagan. Ibubapanya berpisah ketika

Tokoh Momogun Muslim : Ustazah Nur Syuhadah Maisarah Joanis Abdullah Read More »

Webinar Bicara Akidah – Akidah dan Saudara Baru

Mari dengarkan rakaman siaran langsung. sesi webinar Akidah dengan tajuk Akidah dan Saudara Baru oleh Tuan Haji Nicholas Sylvester,Ketua Pegawai Eksekutif & Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia selaku jemputan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan “Webinar Bicara Akidah” bersiri. Ponsikou, Kotohuadan, Kounsapatan, Paringkuanangan, Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Nandre..[ Maju, Makmur,

Webinar Bicara Akidah – Akidah dan Saudara Baru Read More »

Kisah Inspirasi : Perjuangan Malcolm X Menuntut Hak Asasi Manusia

Dalam sejarah dunia kontemporari, ramai juga  tokoh agama Islam yang datang dari negara-negara barat. Ini termasuklah Amerika Syarikat, yang terkenal dengan pemikiran terbuka serta kebebasan bersuara penduduknya.   Walaupun begitu ia juga telah melahirkan ramai pejuang agama Islam yang pada mulanya merupakan penganut agama lain. Selain mereka yang berkulit putih, ada juga yang berkulit hitam dan berketurunan Afrika. Salah seorang yang dimaksudkan adalah Malcolm X.  Namun siapakah Malcolm X dan apakah sumbangannya kepada masyarakat Islam secara umum?  Malcolm X sebenarnya dilahirkan dengan nama Malcolm Little pada 19 Mei 1925. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang beragama Kristian di mana ayahnya sendiri merupakan seorang paderi. Ayahnya juga seseorang yang pernah memperjuangkan isu rakyat berkulit hitam dan berketurunan Afrika sewaktu zaman kegemilangan kulit putih di Eropah dan Amerika Syarikat.  Malcolm yang turut terikut dengan ajaran ini membesar dalam keadaan tidak menyukai orang berkulit putih.  Apatah lagi, ayahnya kemudian meninggal dunia sewaktu beliau kecil dan mereka terpaksa berpindah-randah demi keselamatan keluarga mereka ketika itu.  Lebih menyedihkan selepas pemergian ayahnya,  ibunya kemudian menghadapi gangguan mental kerana ditinggalkan seorang lelaki yang tidak mengahwininya dan telah membuntingkannya dengan bayi dalam kandungan.  Gara-gara itu, adik-beradiknya terpaksa ditempatkan di merata tempat, termasuk rumah ahli keluarga lain dan juga rumah keluarga angkat.  Sungguhpun beliau mempunyai prestasi akademik yang bagus, beliau hilang minat terhadap pelajaran selepas diberitahu oleh salah seorang gurunya yang berkulit putih bahawa cita-citanya untuk menjadi peguam merupakan sesuatu yang tidak realistik buat seorang ‘negro’ atau penduduk berkulit hitam.   Ini membuat dirinya beranggapan bahawa dunia kulit putih tidak akan memberikan peluang kepada rakyat berkulit hitam biarpun mereka mempunyai cita-cita tinggi. Gara-gara itu beliau menjadi sedikit liar dan sukar dikawal. Beliau mula terlibat dengan judi, dadah  dan pelbagai jenayah lain sehinggalah beliau tertangkap kerana mencuri dan dihukum penjara sekitar lapan hingga sepuluh tahun.   Sewaktu di penjara beliau berkenalan dengan seorang banduan benama John Bembry yang telah mencetuskan minat mendalamnya untuk membaca. Dan sewaktu itu jugalah, adik-beradik beliau memberitahunya (melalui perutusan surat) tentang sebuah persatuan yang dikenali sebagai Nation of Islam. Abangnya yang telah pun menyertai persatuan itu memberitahu tentang perjuangan persatuan tersebut dan mengajaknya untuk sama-sama turut serta.   Di saat itu, Malcolm bertukar pegangan kepada Islam dan tidak lagi makan babi, minum alkohol atau merokok. Dia kemudian menyertai persatuan itu di bawah bimbingan seorang lelaki bernama Elijah Mohammad. Dia juga menggelar dirinya sebagai Malcolm X kerana ingin membuang nama keluarganya yang menurutnya diberikan oleh keluarga kulit putih yang memperhambakan nenek moyangnya.  Selepas bebas dari penjara, beliau kemudian mula bergerak aktif dalam persatuan tersebut dan mengumpul lebih ramai ahli untuk sama-sama menyertai dan memeluk Islam. Sungguhpun begitu, ideologi persatuan tersebut agak bercanggah dengan Islam sejati kerana mereka menganggap kesemua orang kulit putih adalah jahat. 

Kisah Inspirasi : Perjuangan Malcolm X Menuntut Hak Asasi Manusia Read More »

Scroll to Top