fbpx

MISI SKUAD KDMRS MUSLIM HARAPAN MANGSA BANJIR

Dua minggu bencana banjir telah berlaku namun belum ada bantuan diberikan? Mujur ada skuad KDMRS Muslim. Luluh hati apa bila mendengar luahan salah seorang daripada penerima bantuan.

Pada tahun 2024, Sabah sekali lagi dikejutkan dengan bencana banjir yang dahsyat. Hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari telah menyebabkan banjir besar di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran.

Bencana ini menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Banyak rumah, jalan raya, dan kemudahan awam mengalami kerosakan teruk. Oleh yang demikian, Skuad KDMRS Muslim telah membantu pihak berkuasa tempatan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan.

Ekoran dengan peningkatan mangsa banjir hari demi hari, skuad KDMRS Muslim telah menghulurkan bantuan bakul makanan dan kepada mangsa banjir yang terkesan terutamanya di daerah Putatan dan Penampang.

Situasi banjir di Pekan Penampang ketika tinjauan pada Isnin. Foto Bernama.

Antara kawasan terlibat dalam misi ini adalah Kampung Baru, Putatan, Kampung Putaton, Penampang dan beberapa buah kampung yang terkesan. Sebanyak 34 buah keluarga telah menerima manfaat daripada misi ini. Penerima manfaat dengan penuh rasa syukur berasa sangat gembira atas bantuan diberikan kerana ada yang belum menerima sebarang bantuan sejak bencana itu berlaku.

Kerjasama yang terlibat dalam menjayakan misi ini ialah daripada JAKIM Kota Kinabalu, DUN Putatan dan sahabat KDMRS yang sudi menjadi penyumbang dalam misi ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang.

Skuad KDMRS Muslim bersama dengan JAKIM Kota Kinabalu mengagihkan bakul makanan kepada mangsa banjir.

Alhamdulillah, berkat daripada hasil sumbangan daripada penyumbang misi bantuan kepada mangsa banjir dapat dilaksana dengan jayanya. Ayuh! Teruskan menyumbang bersama kami di KDMRS Muslim. Anda sumbangkan, Kami Sampaikan.

📌 PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA

📌 8604 4631 00

📌 CIMB ISLAMIC BERHAD

📌 RUJUKAN: SEDEKAHFUND

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberi sokongan dan bantuan kepada mangsa banjir di Sabah. Sumbangan anda amat berharga dalam meringankan beban dan kesusahan yang dihadapi oleh mereka. Semoga kebaikan dan kemurahan hati anda diberkati dan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah.

Scroll to Top