Sebulan berlalu.
Kita bakal meninggalkan Ramadan yang sarat keberkatan dengan perasaan yang bercampur-baur.
Adakah peluang 1 bulan penuh yang Allah berikan sudah kita manfaatkan sebaiknya?
Tercapaikan objektif sebulan Ramadan iaitu ketaqwaan dan ampunan Allah SWT?
4 Cara untuk Mengucapkan Selamat Tinggal kepada Ramadan:
- Muhasabah: Refleksi prestasi dan kualiti sebulan ibadah kita – syukuri dan berazam untuk pelihara amal soleh yang telah berjaya dilakukan & mohon ampun dari Allah SWT atas segala kekurangan.
- Berdoa agar Allah terima amal-amal kita sepanjang Ramadan tahun ini, dan sampaikan kita ke bulan Ramadan tahun hadapan.
- Persiapkan diri untuk melawan syaitan yang bakal terlepas dari belenggu, bisikan hawa nafsu serta tipu-dayanya. Firman Allah SWT:
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan dan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqarah: 268)
Ingatlah bahawa tipu daya syaitan itu sebenarnya lemah dan boleh diatasi!
- Istiqamah dengan beberapa amal soleh yang telah kita mulakan pada bulan Ramadan. Jadikan ia bekalan untuk diteruskan pada 11 bulan akan datang. Sabda Nabi s.a.w.: “Amalan yang paling dicintai Allah SWT ialah yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) walaupun sedikit” (Muttafaqun ‘alaih)
Di antara tanda orang yang diterima amalnya pada bulan Ramadan ialah ia diberi tawfiq (petunjuk) untuk meneruskan lagi amal tersebut pada bulan-bulan lain.
Teruskanlah segala amal yang telah kita lakukan sepanjang bulan penuh barakah ini, kerana perjuangan kita di dunia tidak akan tamat sehinggalah kita berada 6 kaki jauh di dalam perut bumi satu hari nanti.
~ • ~ • ~
Pada kesempatan siri artikel yang terakhir bagi kempen #MisiLailatulQadr ini, kami di KDMRS Muslim ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala kekurangan sepanjang kempen.
Terima kasih kerana telah setia bersama kami dalam #MisiInfaqHarian dan teruskan sokongan yang telah pun anda berikan kepada kami sepanjang bulan Ramadan.
Jika anda merasa jumlah sumbangan anda selama Ramadan ini belum memuaskan hati, kami mengesyorkan untuk meneruskan amal jariah anda melalui potongan bulanan (auto-debit). Hanya dengan satu klik, sumbangan anda akan berterusan dan memberi kesan yang berkekalan. Semoga anda mendapat pahala yang berganda melalui amal jariah yang bermula pada bulan Ramadan ini.
Tamatnya bulan Ramadan menandakan masa depan perjuangan yang jauh lebih sukar dan mencabar. Semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersama kita.
Sehingga kita bertemu lagi pada Ramadan 1446H yang akan datang, insyaAllah.
“Menanam di dunia, menuai di akhirat“.
Wassalam.
Misi infaq ramadan
10 TERAKHIR RAMADAN
Mari berinfaq di bulan Ramadan ini untuk Dakwah dan Kebajikan Asnaf di Sabah:
ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 :
8604 4631 00 (CIMB Islamic)