fbpx

Perlukah Majlis Iftar di Pedalaman Sabah?

Tahukah anda, ramai di kalangan penduduk yang kami santuni di kawasan pedalaman Sabah adalah di kalangan asnaf mualaf dan fakir miskin yang keadaan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Bagi kita yang memahami Islam, pasti mengetahui bahawa Islam adalah agama yang amat membela kebajikan golongan asnaf, sehingga mewajibkan dikeluarkan Zakat bagi harta yang menepati syarat wajib Zakat.

Islam juga amat menggalakkan amalan memberi makan terutamnya untuk golongan fakir miskin. Pujian Allah SWT untuk mereka yang melakukan amalan ini termaktub dalam Surah Al-Insan ayat 8-9:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا ‎﴿٨﴾‏ إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا

“Mereka (ciri-ciri ahli syurga itu) memberi makan makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin, anak yatim dan para tawanan sambil berkata (dengan lidah/hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana Allah semata-mata, dan kami pula tidak berkehendakkan sebarang balasan atau ucapan terima kasih dari kamu”

Sabda Nabi s.a.w. pula menguatkan lagi firmanNya:

اعْبُدُوا الرَّحْمَنَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَأَفْشُوا السَّلَامَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلام

Maksudnya: “Sembahlah Al-Rahman (Allah), berilah makan, sebarkanlah salam, nescaya kamu akan masuk ke syurga dengan selamat sejahtera” (HR Tirmizi & Ibn Majah)

Antara jenis makanan terbaik yang hendak kita berikan untuk merebut ganjaran paling hebat dari Allah SWT sudah pastilah makanan berbuka puasa.

Apa lagikah yang dapat menambah semangat para asnaf fakir & mualaf di kawasan pedalaman yang sering terpinggir ini daripada sebuah hidangan makanan yang enak selepas seharian mereka berpuasa?

Perasaan mereka saat berbuka sudah pastilah menepati apa yang disifatkan dalam hadith berikut:

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ

“Bagi orang yang berpuasa 2 kegembiraan: Kegembiraan semasa berbuka, dan kegembiraan semasa bertemu dengan Tuhannya”

(Sahih Al-Bukhari)

Semoga kita terus-terusan menyokong usaha memberi makan kepada golongan asnaf, dan menjadi asbab kegembiraan dan amal soleh mereka yang berada di kawasan-kawasan pedalaman seluruh Sabah.

PENDUDUK TERUJA PERTAMA KALI AZAN BERKUMANDANG DI KAMPUNG INI

Jemput baca:

  1. Kegembiraan yang diluahkan oleh para peserta Majlis Iftar Pedalaman (MIP) KDMRS Muslim atas kombo rezeki juadah berbuka dan santapan rohani yang hanya setahun sekali mereka rasakan: https://shorturl.at/gpIPQ

Teruskan menyokong #MisiInfaqRamadan & #MisiLailatulQadr KDMRS Muslim sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak ini. Semoga menjadi amal yang berkualiti & pemberat timbangan di akhirat sana. 🌙✨

Misi infaq ramadan

10 TERAKHIR RAMADAN

Mari berinfaq di bulan Ramadan ini untuk Dakwah dan Kebajikan Asnaf di Sabah:

ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 :

8604 4631 00 (CIMB Islamic)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top