fbpx

Qurban Pedalaman. Apa Kita Perlu Tahu?

Di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman, program qurban memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat yang memerlukan, termasuk para mualaf dan penduduk miskin. Beberapa organisasi telah aktif dalam melaksanakan program qurban di kawasan ini untuk memastikan manfaatnya dapat dirasakan oleh mereka yang kurang berkemampuan.

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia (KDMRS Muslim) menjalankan program qurban dengan fokus kepada kampung-kampung di pedalaman Sabah yang belum pernah melaksanakan ibadah qurban.

Mereka menekankan pentingnya program ini untuk memperkuat iman para mualaf dan membantu mereka merasakan nikmat ibadah qurban.

KDMRS Muslim telah menganjurkan Program Qurban Pedalaman di Sabah pada tahun 2023 bersamaan 1444H di kawasan pedalaman. Sebanyak 23 kawasan pedalaman menjadi tempat pelaksanaan ibadah korban seperti Tuaran, Pitas, Keningau dan lain-lain.

Mendapat maklumbalas daripada penduduk kawasan tersebut, mereka berasa sangat gembira dan penuh dengan rasa syukur kerana itulah pertama kali ibadah qurban dijalankan di kawasan mereka. 

Untuk tahun ini KDMRS Muslim mensasarkan 60 ekor lembu untuk dikurbankan, khususnya di kawasan pedalaman Sabah yang terpencil di mana para mualaf adalah minoriti di perkampungan mereka.Ayuh sertai Qurban Pedalaman bersama-sama kami. Sama-sama kita ukirkan senyuman di wajah para mualaf.

Diharapkan dengan penganjuran program ini akan memperkasakan ummah masyarakat KDMRS dan seterusnya menjadi medan untuk memekarkan lagi keharmonian dalam masyarakat majmuk khususnya di negeri Sabah. Insha Allah.

Scroll to Top