fbpx

Ada 1 sunnah terbesar Nabi SAW yang sering dilupakan…

Sayang dan kasih kita kepada junjungan Nabi s.a.w. amat sangat mendalam. Tanpa baginda s.a.w., sudah pastilah kita tak kenal Allah, jauh sekali dapat beribadah menyembahNya.

Melalui Nabi s.a.w., kita kenal Islam, tahu bagaimana cara untuk solat, berpuasa, memberi zakat dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Mengikuti panduan baginda Nabi s.a.w. dan sunnahnya ialah tuntutan bagi setiap orang Islam yang mahukan redha Allah. FirmanNya dalam Surah Ali Imran ayat 31:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Sayangnya dalam banyak-banyak sunnah ikutan baginda s.a.w., ada 1 sunnah terbesar yang seringkali dilupakan, iaitu dakwah menyeru manusia kepada Allah SWT. Kita lupa bahawa seluruh hidup baginda s.a.w. sejak menjadi utusan Allah didedikasikan sepenuhnya terhadap 1 tujuan iaitu membawa manusia mengenal Islam dan Pencipta mereka.

SUNNAH TERBESAR NABI SAW: DAKWAH KEPADA AGAMA ISLAM

Lupanya kita mungkin terhasil dari kelalaian mengingat tanggungjawab yang terletak di bahu kita umat Islam yang telah direzekikan hidayah itu. Firman Allah SWT:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ 

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia (kerana) kamu menyeru kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan melarang dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah SWT” (Ali-Imran: 110)

Barangkali juga kita lupa bahawa tanpa usaha para salafussoleh meneruskan legasi dakwah yang ditinggalkan baginda s.a.w., nescaya cahaya hidayah tidak akan pernah sampai ke pintu-pintu rumah dan ke dalam hati-hati kita.

Dengan cahaya hidayah itulah, kita beroleh nikmat iman dan Islam. Dengan itu jugalah kita mendapat anak kunci ke syurga, seperti diisyaratkan Nabi s.a.w.:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Barangsiapa mati dalam keadaan akhir kalimahnya ialah “La ilaha illallah” (Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah), akan masuk ke syurga” (HR Abu Dawud)

Begitulah bernilainya hidayah ini sehingga boleh menyelamatkan kita di akhirat. Namun hidayah ini tidak datang percuma, ia juga datang dengan tanggungjawab untuk menyampaikannya kepada saudara-saudara kita yang lain. Itulah yang cuba dilakukan oleh KDMRS Muslim dalam usahanya menyampaikan dakwah dan syiar Islam khasnya ke kawasan-kawasan pedalaman di seluruh negeri Sabah.

DAKWAH ADALAH TUNTUAN FARDHU AIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Pelbagai projek dilaksanakan bagi tujuan tersebut. Antaranya projek terjemahan Al-Qur’an dalam bahasa etnik Sabah, pembinaan surau di pedalaman untuk didirikan solat dan dilaungkan azan di dalamnya, perumahan untuk asnaf, kelas bimbingan mualaf serta jaringan kerjasama bersama Jabatan Agama dan NGO-NGO dakwah yang lain, dll.

Tuntasnya, kami di KDMRS Muslim sedang berusaha sebaiknya untuk melaksanakan sunnah terbesar baginda s.a.w. dan tuntutan yang agung ini.

Kami menjemput anda menjadi ejen syurga kami semudah memberi sumbangan kepada usaha-usaha dakwah dan kebajikan yang kami telah, sedang dan akan kami laksanakan.

Sokongan anda terutamanya menerusi kempen #MisiInfaqRamadan & #MisiLailatulQadr yang sedang berlangsung ini amat bermakna bagi mengangkat misi dakwah dan kebajikan di tanah air yang kita cintai ini.

Jemput bersama kami, kita realisasikan usaha dakwah, kerana semua orang berhak menerima santunan hidayah.


Misi infaq ramadan

10 TERAKHIR RAMADAN

Mari berinfaq di bulan Ramadan ini untuk Dakwah dan Kebajikan Asnaf di Sabah:

ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 :

8604 4631 00 (CIMB Islamic)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top