5 Amalan Rancang Lailatul Qadar Anda

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, kita dah pun sampai ke 10 malam akhir Ramadan.

Ramai orang sangka, Lailatul Qadar ni susah nak dapat.

Betulkah?

Sebenarnya dia tidaklah susah seperti yang difikirkan.

Sini kami kongsikan 5 Amalan dan Persediaan untuk Raih Lailatul Qadar:

1) Ilmu

Ketahui kehebatan Malam Al-Qadr yang menyebabkan anda tak jadi tidur malam! Antaranya:

🔹 Ibadah pada malam ini kadarnya seolah² beribadah lebih daripada 1000 bulan! (Surah Al-Qadr).

Beribadah puluhan tahun pun belum tentu menyamai pahala 1 malam! Inilah pemberat timbangan amal yang datang setahun sekali & tak patut kita siakan.

🔹 Takdir & apa yang akan menimpa kita ditulis pada malam ini (Surah Al-Dukhan: 4)

Sifir mudahnya, siapa nakkan kebahagiaan dunia akhirat, nah ini waktunya untuk anda sungguh² berdoa & bermunajat.

2) Niat

Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat, & sesungguhnya setiap orang diberi ganjaran berdasarkan apa yang ia niatkan” (Sahih Al-Bukhari).

Tanpa niat mendirikan malam Al-Qadr, berjaga sepanjang malam pun belum tentu melayakkan kita termasuk kalangan mereka yang berjaya merebut keistimewaan malam ini.

Sebaliknya, kalaupun kita tertidur selepas berniat & berazam bersungguh² mendirikan malam Al-Qadr, masih ada kemungkinan untuk kita meraihnya, berkat rahmat dari Allah SWT jua.

3) Rancang

Ini bukan lagi masanya untuk terpinga². Ini masa keemasan untuk bertindak & beramal.

Manfaatkan planner #MisiLailatulQadr yang kami hadiahkan di bawah ini untuk membantu strategi anda merebut malam Al-Qadr.

Klik sini untuk muat turun planner.

4) Doa

Hafal doa yang amat penting yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. & baca sebanyaknya pada setiap malam sepanjang 10 akhir Ramadan:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, sukakan keampunan, maka ampunilah aku”

5) Infaq Harian

Infaq antara Sunnah Nabi s.a.w. yang tidak baginda tinggalkan dalam bulan Ramadan.

Aisyah r.a. memberitahu kita bahawa baginda s.a.w. merupakan orang yang paling pemurah, dan menjadi lebih pemurah lagi daripada angin yang bertiup kencang (apabila bertemu Jibril setiap malam di bulan Ramadan) (Sahih Bukhari & Muslim).

Alhamdulillah, teknologi hari ini memudahkan kita untuk infaq sepantas & semudah klik di hujung jari/imbas menggunakan QR Code. Tak perlu berjalan jauh ataupun pergi ke ATM pun untuk laksanakan ibadah ini.

Jadi apa pelan tindakan (action plan) & strategi kemenangan (winning strategy) kita?

Cadangan ringkas: Mulakanlah dengan merancang amalan & infaq harian sepanjang 10 malam ini. Terus amalkan apa yang dibaca.

Nantikan juga rantaian emel bersiri kami di sepanjang 10 akhir Ramadan, untuk pengisian yang ringkas, padat lagi bermanfaat setiap hari, insyaAllah.

👉🏻 Bersama, kita jayakan #MisiInfaqHarian & #MisiLailatulQadr


Misi infaq ramadan

10 TERAKHIR RAMADAN

Mari berinfaq di bulan Ramadan ini untuk Dakwah dan Kebajikan Asnaf di Sabah:

The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.

ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 :

8604 4631 00 (CIMB Islamic)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top