fbpx

Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni Penuh Dengan Keindahan Islam

APA ITU TADAU KAAMATAN? 🤔

Pesta Kaamatan atau nama lainnya Tadau Kaamatan atau di dalam bahasa Kadazan ‘Magavau’ merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati ‘Bambazon’ iaitu untuk menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan ‘Magavau’ ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.

Selain daripada tempoh antara penuaian dan musim penanaman baru, kerja itu berterusan. Tetapi bukan sahaja sifat intensif buruh penanaman padi yang menyebabkan pemujaan terhadap bijirin tersebut. Tidak cukup beras bermakna kelaparan. Bukan sahaja melakukan menyembah padi, tetapi ada juga membuat pesta dengan minuman arak yang berleluasa sehingga sekarang.

Kesyirikan menyembah semangat padi ini kami KDMRS Muslim tukar kepada kesyukuran kepada Allah SWT dan kemungkaran yang berlaku dengan minuman arak yang berleluasa dan lain-lain ditukarkan kepada kemakrufan dan keindahan sambutan perayaan secara patuh syariah.

Setiap tahun apabila masuk bulan Mei, masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Sungai dan semua sub-etnik akan menyambut perayaan Tadau Kaamatan di seluruh Negeri Sabah.

Kami dari Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia terpanggil untuk mengambil inisiatif mengadakan program Tadau Kaamatan Harmoni kali ke-10 yang patuh syariah.

Penyampaian usaha outreach ini memberikan pemantapan identiti dan jati diri dalam Islam kepada mereka yang baru memeluk agama ini dan memperkukuh akidah mualaf. Usaha ini memberikan angin segar bagi usaha outreach di Negeri Sabah.

Kami tidak akan mampu untuk bergerak bersendirian tanpa sokongan dan doa tuan puan.

Rasulullah SAW juga menjelaskan usaha menyebarkan kebaikan menerusi sabdanya yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun.” (Hadis riwayat Muslim)

Alhamdulillah, usaha dakwah ini telah pun mendapat sokongan oleh SS Datuk Mufti Negeri Sabah dan program ini bekerjasama dengan beberapa NGO islam.🤲😊

Program ini akan diadakan di 30 Daerah kawasan pedalaman Sabah dan akan berakhir di Keningau bagi sambutan peringkat Negeri Sabah.

Sebagai makluman tuan puan, sepanjang program ini dijalankan pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan & pelbagai pihak akan diberikan penghargaan atas usaha mereka di dalam program ini, diantaranya:

📌 Tokoh Penterjemah Al-Quran
📌 Tokoh Pemikir
📌 Tokoh Usahawan
📌 Tokoh Produktif
📌 Tokoh Penjawat Awam Cemerlang
📌 Anugerah Keusahawanan Daerah
📌 Anugerah Institusi Tahfiz
📌 Anugerah Institusi Pendidikan
📌 Anugerah Biasiswa Momogun Muslim
📌 Kontigen Perarakan Terbaik
📌 Anugerah AJK Terbaik
📌 Anugerah AJK Harapan
📌 Nasyid etnik
📌 Fesyen etnik Islami terbaik
📌 Futsal
📌 Juadah Tradisional
📌 Muzik Tradisonal Islami
📌 Mini Tradisional Game

Kami membuka ruang peluang kepada Tuan/Puan untuk bersama kami dalam program Tadau Kaamatan Harmoni KDMRS Muslim dengan tajaan seperti;

✅ Tajaan makan asnaf serendah RM10.00
✅ Tajaan bakul makanan asnaf serendah RM30.00 untuk 1 pack beras (10kg)
✅ Tajaan sumbangan hadiah sempena Program Tadau Kaamatan Harmoni serendah RM50.00 untuk 1 hamper.

30 Daerah yang akan terlibat dengan program Tadau Kaamatan Harmoni KDMRS Muslim pada tahun 2023. Hampir 9000 orang akan menerima manfaat sumbangan anda.

Sekecil apa pun sumbangan Tuan/Puan sedikit apa pun akan memberikan keceriaan buat mereka menyambut perayaan Tadau Kaamatan dengan penuh penghayatan berkenaan keindahan islam.

Allah SWT berfirman:

وَاَنْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَآ اَخَّرْتَنِيْٓ اِلٰٓى اَجَلٍ قَرِيْبٍۚ فَاَصَّدَّقَ وَاَكُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ

Maksudnya: Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh”.
(QS Al-munafiqun:10)

Bagi yang ingin nak menyumbang bagi program Tadau Kaamatan boleh terus ke akaun dibawah;

PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA
1005 2010 1170 95 (BANK ISLAM MALAYSIA

Bagi sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami di talian;

https://wa.me/60198238471 (Zulfikry)
https://wa.me/60187703709 (Nazreen)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top