fbpx

Tinopis Runti – Roti Ubi Kayu

JIka sebelum ini kita pernah berkongsi tentang Hinava, sebuah menu istimewa yang merupakan salad ikan unik dari komuniti etnik Momogun di Sabah, kali ini kami berkongsi sebuah lagi resepi yang menarik.

Diberi nama Tinopis Runti, ia sebenarnya adalah Roti Ubi Kayu yang juga terkenal sebagai salah satu sajian kegemaran komuniti Momogun Sabah (khasnya kaum Rungus).

Tinopis Runti merupakan sejenis roti yang diperbuat daripada ubi kayu. Cara memasaknya adalah sama dengan cara membuat roti canai. Biasanya ia dimakan pada waktu sarapan pagi dan minum petang, dan lebih enak jika dihidangkan bersama minuman panas seperti teh atau kopi.

Di sini, kami kongsikan cara-cara membuatnya :

BAHAN-BAHANNYA: (untuk hidangan buat 5 – 10 orang)

10 biji ubi kayu – diparut
Gula secukup rasa

CARA-CARANYA:

Gaul ubi kayu yang siap diparut dengan gula. Kemudian masak ubi kayu di kuali tanpa minyak.

Ubi kayu yang siap diparut tadi harus dimasukkan ke dalam kuali dalam bentuk segumpal dan kemudian diserak-serakkan sehingga menjadi nipis.

Setelah bahagian bawah sudah masak, terbalikkan pula sehingga kedua-dua belah sudah masak. Sesudah itu ia boleh diangkat dan dihidang terus di dalam pinggan..

Sekiranya tidak mahu rasa manis, tidak perlu memasukkan gula dan boleh dimasak begitu sahaja.

Mudah kan? Jadi tunggu apa lagi, cubalah resepi yang halal dan enak ini jika ada waktu lapang di dapur.

Selamat mencuba!

sumber : wikipedia dan resepi momogun rungus

Gambar ihsan : resepi momogun rungus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top