fbpx

Mengenali Pakaian Tradisional Kumpulan Etnik di Sabah

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak kumpulan etnik di bawah komuniti Momogun Muslim. Dan antaranya adalah bangsa Kadazan dan Dusun. Selain daripada pelbagai jenis makanan yang enak, mereka juga mempunyai pakaian tradisional tersendiri yang unik

Busana tradisi suku kaum Kadazan serta dusun kaya dengan ciri-ciri khas mereka. Ini adalah kerana, ia berlainan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazan serta Dusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

Sebagai contoh pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.  

Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Selalunya para gadis dari kaum Kadazandusun ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.

Namun dengan adanya kini komuniti yang telah memeluk agama Islam, pakaian mereka telah disesuaikan mengikut kehendak hukum syarak.    

Dengan 32 etnik suku kaum asli di negeri Sabah, maka dijangkakan, kita dapat melihat pelbagai jenis pakaian tradisi mengikut suku kaum. Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam.  

Warna ini banyak digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain.

Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan.  

Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat berharga serta tinggi nilainya.  

Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum Kadazan serta Dusun yang amat popular di negeri Sabah.  

Bagi suku kaum Kadazan dan Dusun Penampang pwanitanya biasanya memakai blaus berlengan,berwarna hitam baldu (Sinuangga), atau baus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur (Sinompukung). Ada juga blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya ‘bobohizan'(kinoingan).   

Untuk kaum lelaki pula adalah kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang selain sarong (tapi) panjang berenda ‘siling’, berwarna hitam. Ia juga mempunyai Siga dengan pelbagai corak dan motif pada tenunan.  

Bagi perhiasan pakaian pula ada diterapkan renda ‘siling’ utama keemasan pelbagai corak. Ini dhias pula dengan barangan kemas seperti Himpogot yang berupa wang syling berwarna perak, Tinggot sejenis Tali pinggang berwarna perak diperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-an.  

Tidak dilupakan adalah Tangkong yang diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus. Ini diserikan lagi dengan gelang (gohong),  rantai leher (hamai), anting-anting (simbong), cincin (sinsing), serta  kerongsang berwarna keemasan.  

Ini hanyalah imbasan ringkas tentang sebahagian daripada pakaian tradisional mereka. Ada banyak lagi mengikut etnik dan daerah yang akan dikongsikan dalam edisi-edisi berikutnya.    

Sumber : Sabah edu.my  

 gambar ihsan Gramho

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top