fbpx

CAHAYA ISLAM: MENERANGI SETIAP SUDUT NEGERI SABAH

ISU AQIDAH TERANCAM: SOKONGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN

Gambar: Majlis Iftar Pedalaman Penampang (2024)

Di Sabah, ramai saudara baru yang memeluk Islam hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka sering kali tidak mendapat bimbingan agama yang mencukupi, apatah lagi sokongan dalam hal kebajikan dan pembangunan diri. Keadaan ini semakin rumit dengan cabaran kemiskinan yang melanda kawasan pedalaman. Tanpa imam dan pembimbing yang tetap, ramai yang tercicir dari landasan agama, menyebabkan mereka jauh dari penghayatan Islam yang sebenar.

Kami di KDMRS Muslim menyedari betapa pentingnya membawa cahaya Islam kepada mereka. Inilah sebabnya kami bertekad untuk memastikan mereka tidak terus dibiarkan tanpa arah panduan.

Gambar: Lawatan Projek Baiki & Bina Rumah Asnaf (2022)
Gambar: Lawatan Projek Baiki & Bina Rumah Asnaf (2024)
Gambar: Agihan Bakul Makanan kepada Asnaf di Lahad Datu (2022)
Gambar: Kursus Pengurusan Jenazah di Keningau (2023)

[VIDEO] Luahan Salah Seorang Pegawai Dakwah di Kota Marudu

Bagaimana Kami Tangani Masalah ini?

KDMRS Muslim berusaha menghantar para Daie (pendakwah) ke kawasan pedalaman untuk memberikan bimbingan agama, bantuan kebajikan, serta latihan kemahiran kepada masyarakat setempat. Daie yang ditempatkan sepenuh masa ini bukan sahaja membawa ilmu, tetapi juga harapan kepada mereka yang sekian lama hidup dalam kegelapan tanpa panduan agama. Kami percaya, dengan kehadiran Daie di setiap pelusuk kawasan, kita mampu membawa perubahan yang mendalam dan berpanjangan.

Cabaran Dakwah di Sabah​

Sabah, dengan lanskap yang berbukit-bukau dan jalan yang tidak berturap, bukanlah destinasi yang mudah untuk disinggahi. Namun, di situlah letaknya cabaran dakwah yang sebenar. Kami berdepan dengan lebih 40 kawasan pedalaman yang sangat memerlukan, namun Daie yang sanggup berkhidmat sepenuh masa masih terlalu sedikit. Bagi kami, cabaran ini bukanlah penghalang, tetapi satu peluang untuk membawa misi dakwah ini lebih jauh.

Kenali Kami

Kini, KDMRS Muslim memiliki 6 cawangan di seluruh Malaysia, dan kesemua cawangan ini digerakkan oleh sukarelawan yang penuh dedikasi. Setiap hari, mereka bergerak ke pelosok Sabah untuk membawa bantuan kebajikan dan bimbingan agama kepada mereka yang sangat memerlukan. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik, walaupun jarak dan kesulitan tidak pernah menjadi alasan untuk kami menyerah.

Misi Kami: Bantu Kami Menyalakan Harapan di Sabah

Untuk meneruskan misi yang mulia ini, kami memerlukan RM1 juta setiap tahun. Dana ini akan digunakan untuk:

Outreach: Membimbing saudara baru agar dapat mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.

Sedang mengajar solat

Pendidikan: Menyediakan kelas fardhu ain, serta mengasah kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Kami juga pernah menaja pendidikan hingga ke Mesir dan Kolej Komuniti Tawau.

Latihan dan Pembangunan: Melatih Daie agar mampu menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan dan penuh hikmah.

Pengangkutan: Menyediakan kenderaan untuk Daie yang terpaksa meredah jalan sukar ke kawasan pedalaman.

Tenaga Kerja: Menyokong 23 Daie sepenuh masa yang bekerja tanpa mengenal lelah, malah ada yang terpaksa menggunakan wang sendiri demi membantu mereka yang memerlukan.

Projek Impak Tinggi

PROJEK MANFAAT
Pembinaan Surau & Masjid Masjid di Tenom, Surau Kg Kotud, Surau Sesulungon, Surau Kg Marion, Surau Kg Telibong
Al-Quran Terjemahan Bahasa Etnik Sabah Bahasa Dusun (Selesai), Bahasa Rungus (26 Juzu'), Bahasa Sungai (17 Juzu'), Bahasa Sungai (17 Juzu'), Bahasa Murut (1 Juz), Bahasa Kadazan (14 Surah)
Pengurusan Mualaf 71 orang dibantu urusan pengislaman pada tahun 2022
Perumahan Mualaf 10 buah rumah telah siap dibina

Jom sama-sama turut menyumbang dalam Tabung Pengurusan Dakwah dan Kebajikan. Semoga segala sumbangan anda kekal hingga ke akhirat seperti mana sabda Rasulullah SAW:

Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya.

Dengan sokongan anda, akan dapat menerangi setiap sudut negeri Sabah dan membawa perubahan yang bermakna kepada masyarakat di sini.

"Satu Ringgit, Seribu Keberkatan: Menyokong Perjuangan Dakwah Sabah."

Sila klik sini untuk sumbangan melalui potongan bulanan.

Sila klik sini untuk sumbangan melalui potongan bulanan.

Cara Lain untuk Menyumbang

Tabung Dakwah dan Kebajikan
Salurkan terus ke akaun bank:

CIMB : 8604463100

PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA

Rujukan : dakwah

Sebarkan kepada rakan-rakan

Facebook
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top