Tentang KDMRS Muslim

Memperkasa komuniti Kadazan-Dusun-Murut-Rungus-Sungai (KDMRS) Muslim. Menyatukan ummah melalui dakwah, kebajikan, dan pendidikan. Membawa perubahan untuk kesejahteraan bersama.

Sejarah Penubuhan

KDMRS Muslim ditubuhkan pada tahun 2018 dan berdaftar secara rasmi sebagai Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia. Organisasi ini menjadi platform utama dalam memperkukuh identiti serta memperkasakan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut-Rungus-Sungai yang beragama Islam melalui bimbingan saudara baru, bantuan kebajikan, dan pembangunan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan dan kemajuan ummah.

Kewajipan Bersama

"Barang siapa melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa memudahkan urusan orang yang sedang dalam kesulitan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)

Sijil Pendaftaran KDMRS Muslim
Kewajipan Bersama

"Barang siapa melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa memudahkan urusan orang yang sedang dalam kesulitan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)

01.
Visi Kami

Menjadi organisasi rujukan dalam penyebaran ilmu Islam dan memperkasakan komuniti Kadazan-Dusun-Murut-Rungus-Sungai Muslim (KDMRS Muslim)

02.
Misi Kami

Kami mewujudkan budaya perkongsian tentang keindahan Islam, menjelaskan salah faham, dan memperkasakan komuniti KDMRS Muslim melalui pendekatan yang holistik dan sistematik.

03.
Hubungan Strategik

Kami menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan, NGO Islam dan bukan Islam bagi memperkukuh dakwah, kebajikan, dan pendidikan, serta memastikan pembangunan berterusan.

Ciri-ciri KDMRS Muslim

Beberapa ciri turut diterapkan menerusi Projek Dakwah dan Kebajikan KDMRS Muslim:

Yang menjalankan Amanah,

Hj Nicholas Sylvester

Pengerusi dan CEO KDMRS Muslim

Gambar Hj Nicholas Sylvester PNG

Bersama Membawa Perubahan

Sokong usaha KDMRS Muslim dalam memperkukuh dakwah, kebajikan, dan pendidikan.

Setiap sumbangan anda membantu kami membimbing saudara baru, menyebarkan ajaran Islam, dan menyantuni mereka yang memerlukan.

Barisan Kepimpinan

Scroll to Top