fbpx

Pahala Berterusan Walaupun Telah Meninggal Dunia

Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.

Salah satu kebaikan bersedekah ia merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga meninggal dunia.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan. Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki.

PKDMMS membawa mesej Keharmonian, Kesejahteraan dan Persahabatan.

Teruskan menyumbang :
Klik >>> http://kdmrsmuslim.com/donate/

Scroll to Top