Ziarah Saudara Baru Ranau

Ziarah Saudara Baru Ranau
by
117 117 people viewed this event.

Dengan penuh syukur, PD Ranau telah melaksanakan ziarah Follow-Up E-Mualaf di kawasan Kg. Lohan dan Kg. Perancangan. KDMRS Muslim turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada saudara baru sebagai bentuk santunan. Tujuan ziarah ini adalah untuk memahami perkembangan pemahaman Islam dalam diri mereka, sambil memberikan nasihat dan dorongan agar mereka terus istiqamah dalam mempelajari dan menghayati ajaran Islam. Setelah menziarahi saudara baru, pasukan KDMRS Muslim Ranau bersama Jheainas Ranau, Jakim Ranau, dan Yadim Ranau bergerak ke Kg Timbua untuk menziarahi seorang ibu yang diuji dengan ujian kesihatan. Alhamdulillah, pasukan berjaya memberikan borang bantuan dari Pusat Zakat Sabah dan memberikan sedikit sumbangan barang keperluan kepada ibu tersebut. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada beliau.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (Hadis Riwayat at-Thabrani)
Terima kasih kerana terus menyokong KDMRS Muslim
Terima kasih diucapkan juga kepada para penyumbang, semoga Allah membalas sebaik-baik ganjaran.

To register for this event please visit the following URL:

 

Date And Time

12/09/2023 12:00 AM to
11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan