Ziarah Saudara Baru Ranau

Ziarah Saudara Baru Ranau
by
215 215 people viewed this event.

Ziarah saudara baru di Ranau adalah satu pengalaman yang memberi banyak makna. Alhamdulillah, Pegawai Eksekutif Outreach (PEO) Ranau bersama rakan-rakan dari HCBT, YADIM Ranau, dan JAKIM Ranau telah memberikan bantuan bakul makanan kepada saudara baru di sekitar pekan Ranau.

Tujuan utama ziarah ini adalah untuk memberikan tindak balas susulan (follow-up) terhadap perkembangan kefahaman agama saudara baru. Selain itu, ziarah ini juga menjadi peluang untuk memberikan nasihat dan pesanan, serta mengingatkan mereka untuk sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan.

Semoga ziarah ini dapat memberikan sokongan moral dan bantuan kepada saudara baru, serta menjadikan mereka merasa dihargai dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Terima kasih kepada semua penyumbang yang turut serta dalam memberikan bantuan, dan semoga Allah membalas kebaikan mereka dengan sebaik-baik ganjaran.

 

Date And Time

07/08/2023 12:00 AM to
11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan