Ziarah Saudara Baru dan Asnaf Ranau

KDMRS Muslim
1 1 people viewed this event.

KDMRS Muslim Ranau dengan kerjasama YADIM dan HCBT telah melaksanakan misi Ziarah Saudara Baru dan Asnaf ke Kg. Lobou Timbua, Ranau. Program ini melibatkan seramai lapan (8) orang penerima yang terdiri daripada saudara baru dan asnaf di kawasan tersebut.

Program ziarah ini bertujuan untuk menyantuni golongan yang memerlukan di samping memberikan sokongan moral serta bantuan keperluan asas bagi meringankan beban kehidupan mereka. Pelaksanaan program ini juga berjalan dengan lancar dan menunjukkan penambahbaikan dari segi penyelarasan berbanding kunjungan sebelum ini.

Usaha ini diharap dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti setempat serta memperkukuhkan hubungan kebajikan antara pihak penganjur dan masyarakat sasaran.

Pihak KDMRS Muslim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan bantuan dalam menjayakan program ini. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda serta memberkati segala usaha yang telah dilakukan

 

 

Date And Time

18/11/2025 @ 12:00 AM to
18/11/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah