
Alhamdulillah, satu lawatan ziarah ke kawasan pedalaman Kg. Kantas telah dilaksanakan oleh pasukan Jelajah Dakwah Ranau yang diketuai oleh JHEAINS Ranau.
Lawatan ini bertujuan meninjau tapak cadangan pembinaan surau bagi kegunaan penduduk setempat, di samping mengenal pasti keperluan asas masyarakat Islam di kawasan tersebut serta merancang langkah susulan pembangunan kemudahan ibadah yang lebih selesa dan tersusun.
Delegasi telah disambut mesra oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung Kg. Kantas. Tapak yang dikenal pasti dilihat amat sesuai untuk dibangunkan sebagai surau, yang bakal menjadi pusat ibadah serta aktiviti komuniti Islam di kawasan berkenaan.
Diharapkan usaha awal ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan syiar Islam di pedalaman Ranau serta memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat setempat.
