
Alhamdulillah, Team Media KDMRS Muslim telah melaksanakan misi ziarah kali keempat di Kg. Telibong, Tamparuli dengan turun padang bagi menyantuni golongan mualaf serta menyampaikan sumbangan bakul makanan.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KDMRS Muslim dalam membantu meringankan beban keperluan harian serta memperkukuhkan hubungan ukhuwah bersama komuniti mualaf di kawasan pedalaman.
Pihak KDMRS Muslim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan misi ini.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan usaha ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada para penerima.
Â
