
Alhamdulillah, misi Ziarah Mualaf dan Penyerahan Bakul Makanan telah berjaya dilaksanakan di Kg. Laya-Laya, Tuaran dengan penglibatan sukarelawan KDMRS Muslim.
Program ini bertujuan untuk menyantuni golongan mualaf dan asnaf di kawasan pedalaman, di samping menyalurkan bantuan keperluan asas bagi meringankan beban kehidupan mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Yunus, Pengerusi AJKT Muslim Tuaran, atas bantuan dan sokongan yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran urusan misi ziarah oleh Team Media KDMRS Muslim.
Diharapkan usaha ini dapat diteruskan secara berterusan dalam memperkukuhkan ukhuwah serta menyantuni komuniti yang memerlukan dengan penuh keprihatinan dan tanggungjawab
Â
