Ziarah Kelas Harmoni Mualaf KDMRS Muslim Surau An-Nur Kg Longob, Kota Marudu

KDMRS Muslim
1 1 people viewed this event.

Alhamdulillah, selepas berlangsungnya Kelas Harmoni Mualaf (KHM) Surau An-Nur, Pegawai Outreach Ustazah Amimi bersama para pelajar KHM telah berkesempatan menziarahi dua orang pelajar yang kurang sihat serta seorang bapa kepada pelajar KHM yang juga sedang dalam proses pemulihan selepas keluar dari hospital.

Ziarah ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan kepada para pelajar serta keluarga mereka yang sedang diuji dengan kesihatan.

Salah seorang pelajar KHM yang tertua berusia lebih 70 tahun turut menyentuh hati apabila meluahkan rasa rindu untuk kembali ke surau setelah sembuh daripada sakit. Walaupun dalam keadaan uzur dan pendengaran kurang jelas, semangat beliau untuk terus hadir ke rumah Allah SWT sangat menginsafkan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan kepada semua yang diuji, serta memberikan kekuatan kepada ahli keluarga untuk terus menjaga dan berbakti dengan penuh kesabaran.

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar KHM KDMRS Muslim Surau An-Nur serta para penyumbang yang telah menyumbang bakul makanan dalam menjayakan ziarah ini. Semoga segala kebaikan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan.

 

Date And Time

16/07/2025 @ 12:00 AM to
16/07/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah