
KDMRS Muslim kawasan Ranau telah berkesempatan menziarahi 3 buah keluarga asnaf di Kampung Magkapoh sempena program korban pedalaman kali ini.
Alhamdulillah, sumbangan daging korban telah berjaya diagihkan kepada keluarga yang memerlukan, di samping penyerahan bakul makanan sebagai usaha meringankan beban mereka.
Ziarah ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga membawa mesej kasih sayang, keprihatinan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan, keberkatan dan manfaat yang berpanjangan buat semua pihak yang terlibat.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang sentiasa menyokong usaha ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan lebih ramai lagi yang dapat disantuni pada masa akan datang.
Â
