Ziarah Asnaf – Kg Ketiau

Ziarah Asnaf – Kg Ketiau
by
178 178 people viewed this event.

ZIARAH SAUDARA KITA

25 JULAI 2022 | ISNIN | KG. KETIAU, PUTATAN

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Saudari Farihah Izzati selaku Pegawai Outreach KDMRS Muslim Kota Kinabalu menziarahi Puan F di Kg. Ketiau Putatan. Saudari Farihah Izzati mendengar luahan hati puan F yang berhempas pulas berjuang memberi pendidikan kepada keenam-enam orang anaknya walaupun menghadapi kekangan kewangan.

Sempat juga saudari Farihah Izzati menghulurkan bakul makanan zakat dari Pusat Zakat Sabah, Wisma Muis dan menceritakan sedikit mengenai peluang mendapatkan bantuan pendidikan dari zakat untuk anak-anak Puan F yang meneruskan pengajian dalam bidang agama kelak.

Selain itu, Puan F juga tidak dapat menyewa lama di rumahnya sekarang atas faktor tertentu. Oleh itu, kepada pembaca-pembaca page KDMRS Muslim yang tahu rumah sewa murah di sekitar Putatan, bolehlah salurkan info tersebut di ruang messenger kami.

Terima kasih.

To register for this event please visit the following URL:

 

Date And Time

25/07/2022 12:00 AM to
11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan