
Menyantuni Mereka yang Memerlukan
Alhamdulillah, sempena program Korban Pedalaman tahun ini, pihak KDMRS Muslim kawasan Ranau berpeluang menziarahi tiga (3) keluarga asnaf di Kampung Magkapoh, Ranau sebuah perkampungan pedalaman yang penuh ketenangan, namun sarat dengan cabaran kehidupan.
Dalam kunjungan ini, kami telah menyerahkan:
Sumbangan daging korban
Bakul makanan
Semoga sumbangan ini membawa manfaat, menyemai senyuman, dan menjadi asbab kebaikan berpanjangan buat semua para penerima, penyumbang, dan seluruh warga kerja yang terlibat.