Sumbangan Bakul Makanan kepada Asnaf Mualaf Di Telipok

KDMRS Muslim
4 4 people viewed this event.

Program Sumbangan Bakul Makanan kepada Asnaf Mualaf di Telipok telah dilaksanakan oleh KDMRS Muslim sebagai sebahagian daripada usaha kebajikan dalam membantu komuniti mualaf yang memerlukan.

Pelaksanaan sumbangan ini merupakan kunjungan ke rumah yang ke-4 dalam siri agihan bantuan yang dijalankan, sebagai amanah daripada para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha kebajikan ini.

Melalui inisiatif ini, bantuan yang disalurkan diharapkan dapat membantu meringankan keperluan harian para penerima, di samping menyantuni kebajikan asnaf mualaf dengan penuh rasa ihsan dan tanggungjawab.

Pihak KDMRS Muslim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda serta keberkatan daripada Allah SWT.

 

Date And Time

08/02/2026 @ 12:00 AM to
08/02/2026 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top