
Program Sumbangan Bakul Makanan kepada Asnaf Mualaf di Menggatal telah dilaksanakan oleh KDMRS Muslim sebagai sebahagian daripada usaha kebajikan dalam menyantuni komuniti mualaf yang memerlukan.
Pelaksanaan program ini merupakan kunjungan ke rumah yang ke-5 dan juga lokasi terakhir bagi siri agihan sumbangan pada kali ini. Sumbangan ini disampaikan sebagai amanah daripada para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha kebajikan KDMRS Muslim.
Melalui inisiatif ini, diharapkan bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan keperluan harian para penerima serta menjadi tanda keprihatinan dalam menyantuni kebajikan mualaf dengan penuh ihsan dan tanggungjawab.
Pihak KDMRS Muslim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda serta keberkatan daripada Allah SWT.
Â
