
Alhamdulillah, Sesi Tadabbur KDMRS Muslim telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Zoom dengan penyertaan kakitangan KDMRS Muslim.
Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk mentadabbur ayat-ayat Al-Quran serta menghayati mesej dan pengajaran yang terkandung di dalamnya, walaupun dilaksanakan secara maya.
Program ini turut menjadi medium untuk memperkukuhkan nilai kerohanian serta memupuk budaya mendekati Al-Quran dalam kalangan warga kerja KDMRS Muslim secara berterusan.
Alhamdulillah, sesi ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai salah satu inisiatif pembangunan rohani organisasi.
Â
