
Telah berlangsung Sesi Suai Kenal NGO Labuan yang bertujuan memperkukuh ukhuwah, memperluas perkongsian idea serta membuka ruang kerjasama program demi kemajuan ummah.
Sesi ini turut menghimpunkan pelbagai agensi dan NGO antaranya Laman Wanita (LAWA), Labuan Women Affairs Association (HAWA), YADIM Labuan, Sahabat Khidmat Labuan serta Hidayah Centre Foundation Cawangan Labuan sebagai tuan rumah.
Pertemuan ini menjadi platform yang bermakna dalam mengeratkan silaturrahim serta menyatukan gerak kerja dakwah dan kebajikan dalam komuniti setempat.
Semoga jalinan ukhuwah yang terjalin ini terus berkembang, seterusnya membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.
Â
